Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 29, 2016

PAS jadi jurucakap TH pula......

Friday, January 29, 2016
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT: KEDUDUKAN REZAB TABUNG HAJI
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengikuti dengan penuh prihatin Surat Teguran Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Haji (TH) khususnya terhadap nilai aset TH yang dikatakan lebih rendah dari liabiliti.
2. PAS berpandangan langkah BNM itu adalah wajar atas kapasitinya sebagai Pengawal Utama Sektor Kewangan negara, khususnya dalam suasana ekonomi dunia yang lembap dan mencabar yang mana Malaysia tidak terkecuali dari menerima akibatnya. Namun sesuatu teguran mahupun nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi seumpama TH tidak seharusnya sehingga menimbulkan suasana panik dan menjejaskan keyakinan yang tidak sepatutnya dari para Pendeposit terhadap TH.
3. PAS amat yakin dengan kemantapan sistem Tadbir Urus yang baik yang diamalkan oleh TH selama ini, yang bukan sahaja selaras dengan Pematuhan Syariah, tetapi juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada para pendepositnya. TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai Institusi Kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksima berbanding dengan pulangan kepada pendeposit.
4. Sehubungan dengan itu, PAS berpuashati dengan penjelasan oleh YB. Menteri yang menjaga Tabung Haji (yang saya temui sendiri di Parlimen pada 27/1/2016) serta Pengurusan Tertinggi TH yang mengesahkan Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira Nilai Aset keseluruhan potfolio pelaburan TH. Apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa Bonus Pendeposit bagi tahun 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat.
5. PAS mengharapkan TH akan terus komited dan melaksanakan amanah para Pendeposit terutama memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardhu Haji tidak terhalang dengan apa jua kemungkinan.
Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung
Bertarikh: 28 Januari, 2016. - sumber

10 comments:

  1. Nate ore Kedah mari tunjuk debe di kelate
    Taki ni dekat2 nge tahi laa

    ReplyDelete
  2. Takiyudin, kamu tak tahu ke lembaga hitam songkok tinggi kat tabung haji kata tanah TRX yg terpaksa dibeli tabung haji tu akan dijual dlm masa 2 minggu ( dah berbulan dah ) sudah ada ready buyer. Kalau lembaga hitam songkok tinggi tu boleh mentah2 tipu, apa alasan kamu boleh percaya dia tak tipu kali ni.

    ReplyDelete
  3. Yang bercakap bagi pihak PAS ni orang UMNO ke? Bunyi dan hujahnya sebijik macam hujah macai2 yang dibayo untuk membela Najib. Antara teguran BNM yang pakar serta bertanggungjawab kepada hal ehwal kewangan negara dan cakap2 merapu menteri hal ehwal Islam UMNO yang kemaruk main golf tu, agak2nya sapa yang rakyat percaya? Dan adakah si Takiyudin ni tak faham bahawa rakyat dah sedar bahawa PAS sekarang ni tengah dok bercinta dengan UMNO, pasal tu lah segala kentut dan berak UMNO semuanya wangi pada PAS. Akhirnya nanti, baik PAS mahupun UMNO akan ditolak dan dihukum oleh rakyat.

    Bagaimana pulak dengan cerita duit derma Najib yang kononnya dah dipulangkan semula kepada pendermanya? Tuan Presideng PAS tak nak kuarkan fatwa kata perlu dua saksi yang nampak Najib pikul berguni2 duit bawak pi arab saudi dan serah balik kat "orang halimunan' yang bagi duit tu kata dia? Dua saksi wajib untuk menuduh Najib terima 2.6 billion maka wajib gak lah ada 2 saksi yang nampak Najib pulangkan balik duit tu! Atau ke Tuang Presideng mengigau je masa bagi fatwa 2 saksi tu, sebab tak pernah didengar dek sapa2 pun keperluan 2 saksi untuk pendakwaan rasuah, salahguna kuasa serta penggubahan wang haram. Agak2nya masa Tuang Presideng pi mencandat sotong, dia terus dapat ilham yang bernas bagaimana nak mensucikan Najib sesuci-sucinya iaitu 2 saksi wajib ada! Tah ajaran dan undang2 mana yang Tuang Presideng tu pakai sebijik je macam alasan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara yang bodoh tak faham dengan bidang tugasnya sendiri. Last2 nama je Peguam Negara tapi kerjanya tak bukan hanyalah sebagai pencacai najib. Melayu UMNO gak yang melingkupkan negara ni pastu tuduh gak DAP dan orang cina yang yang tak dak kena mengena dengan kerja2 haram seperti rasuah dan khianat ni! Tapi nak kata macamana, walaupun UMNO ni dah diibaratkan sebagai bangkai, ada gak melayu2 bodoh yang masih lagi cinta dan sayang kat UMNO! Tapi yang lagi pelik, PAS pun dok teringin kat bangkai bernyawa tu!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. pas patut tuding jari kat dap aje, spt kebiasaannya. masalah TH ni mesti kerja dap...

    ReplyDelete
  5. mulut di kunci tangan di ilad..nk tak nk kena cakap juga..oengurusan th betul..bank negara yg salah..
    mereka seiringan sejalan..sehati sejiwa..
    tak kan kata th salah..ni mesti gabenor bank negara yg salah..jd kuda dap.pkr..
    pengurusan th adalah sebaik baik insan yg ada..sejiwa murni bersih macam pm yg memilih nya..

    ReplyDelete
  6. Goblok punya su agong. Hal kewangan bagilah pakar ekonomi dlm pas komen. Spt hadi awe moktar snake zuhdi titm nik amar vellfire nik abdoh dan zailah. Kahkah

    ReplyDelete
  7. Ini musti kerja anwar ibrahi,dap,pan dan pkr...pas dan umno kan maksum...

    ReplyDelete
  8. Sia sia takiyudin ni. Kata belajar loyar. Rupanye byk loyar buruk. Beginiler kalu geng dgn hadi zuhdi cikgu pa spender moktar snake din ayam din vellfire nik amar nik beduh. Kahkah

    ReplyDelete
  9. Aku respek tabik ko pok nick cape tiger. Sekali dia mengarang nah berjela. Hadi awe tak arah su agong takiyudin jawab ko? Dlm tu penoh dgn fitnah. If ahli pas baca terus demo tak walak ke presideng hadi awe. Kahkah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa