NIZAM ZAIN - 25 JANUARI 2016
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tengah) melambaikan tangan kepada para penyokongnya di hadapan Bangunan Tunku. - Foto Bernama
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kemelut politik Kedah akhirnya akan memberikan kelebihan politik kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada beliau disingkirkan atau kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kenyataan Mukhriz beberapa bulan lepas yang lebih cenderung kepada politik realistik dan tidak memberi reaksi balas terhadap gerakan undi tidak percaya yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
“Kalau Mukhriz tidak dapat kepercayaan Adun, beliau kena berundur, tapi pengundurannya itu tidak menjejaskan reputasi beliau, malah memberikan kelebihan politik kepada Mukhriz kerana nama dia akan naik, kalau dia bertanding mana-mana pilihan raya, sudah pasti rakyat akan pilih Mukhriz.
“Ini ujian bagi Mukhriz dan bagaimana dia menghadapi situasi ini adalah lebih penting daripada bagaimana Umno menangani isu ini, (keupayaan Mukhriz) akan meletakkan dia di barisan teratas kepimpinan Umno pada masa akan hadapan,” katanya kepada Sinar Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sukar untuk Mukhriz menentang arus]
Beliau mengulas kemelut politik Kedah yang menyaksikan 14 Ketua Umno Bahagian, tiga sayap Umno, Adun dan Ahli Parlimen Kedah sebulat suara mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.
Pendirian itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah yang turut mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri.
Dalam pada itu, Samsu Adabi yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga berkata Najib akan lebih teliti dalam menghadapi kemelut itu dengan mengambil kira sentimen rakyat di Kedah.
“Apa saja tindakan salah, nanti akan menyebabkan paku buah keras kepada Najib. Begitu juga dalam isu Mukhriz ini, orang akan kaitkan dengan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Samsu Adabi berkata lagi, Najib secara tidak langsung akan mengorbankan popularitinya demi mestikan Umno terus relevan dengan mengekalkan seberapa ramai pemimpin Umno yang masih bersih daripada sebarang skandal dan salah laku rasuah.
“Ini adalah satu pergerakan politik semasa yang memperlihatkan Umno itu sendiri ada demokrasi segar. Najib seolah-olah membiarkan namanya buruk, janji Umno tetap ada, (dan) Umno masih ada pemimpin bersih.
“Najib mengorbankan populariti dia sendiri, ramai tak nampak, kalau Najib nak ambil tindakan tegas, boleh saja, (sebab) dia orang nombor satu. Ini kebijaksanaan Najib, orang nampak dia kejam sebaliknya dia pemimpin hebat menanggung ketidakpopularitian kerana menaikkan nama-nama orang Umno lain,” katanya lagi.
Ke3..
ReplyDeletenak kelakar aku baca komen en Samsu ni pasal Ajib. Mungkin buat statement lps pekena Samsu Haram ko??
Kuat bodek najib en. Samsu ni. Tk lama lg bole prof penoh ler. Ye ler. Mulot penoh dgn duit hasil bodek pm. Kikiki
ReplyDelete