Remaja didenda kerana selamatkan diri daripada perogol
Remaja perempuan itu didakwa menyerang lelaki yang bertindak cuba membuka pakaiannya untuk tujuan merogol menggunakan penyembur lada.
PETALING JAYA: Gara-gara menggunakan penyembur lada kerana mahu menyelamatkan diri daripada dirogol, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda.
Kejadian berlaku di Sonderborg, Denmark apabila remaja perempuan itu didakwa menggunakan senjata terlarang menyerang lelaki yang bertindak cuba membuka pakaiannya untuk tujuan merogol pada pukul 10 malam.
Selepas disembur penyembur lada, perogol itu melarikan diri.
Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu remaja itu didenda di atas kesalahan memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray yang dilarang.
Remaja tersebut dijangka didenda 500 kroner (RM309.47).
Dalam pada itu, media tempatan Denmark turut melaporkan, orang ramai yang prihatin dengan nasib malang remaja perempuan itu kemudiannya bertindak mengumpul duit dan membantu remaja terbabit membayar denda.
Lebih kurang sama la dgn kes bunuh perompak dikemaman tu.kalau berlaku dimalaysiapun barangkali hukumannya lebih pelik
ReplyDelete