Kebocoran surat BNM: Azeez akan ambil tindakan undang-undang
Beliau hairan bagaimana surat itu boleh terlepas ke pihak lain sedangkan ia berada dalam simpanannya
KUALA LUMPUR: Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kebocoran surat amaran dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurutnya, beliau sendiri telah menerima surat amaran dari BNM, namun, berasa hairan bagaimana surat tersebut boleh terlepas ke pihak lain.
“Saya sedang berbincang dengan peguam bagaimana tindakan susulan yang saya hendak ambil sebab surat itu ada dalam simpanan saya. Saya tidak tahu dimana kebocoran surat itu.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan surat BNM itu yang penuh tidak bertanggungjawab,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan surat BNM itu yang penuh tidak bertanggungjawab,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Baling itu meminta para pendeposit Tabung Haji bersabar seketika kerana dividen dari lembaga itu akan diumumkan sedikit masa lagi.
“Saya ingin memaklumkan kepada semua penabung-penabung supaya bersabarlah. Memang suku tahun pertama seperti lazim yakni Tabung Haji akan mengumumkan dividen.
“Kita akan mengumumkan dividen dalam masa terdekat ini. InsyaAllah sebelum hari raya Cina, minggu pertama bulan kedua kita akan umumkan” ujarnya.
Katanya, tohmahan bahawa Tabung Haji tidak akan membayar dividen dan pendeposit akan kehilangan duit adalah tidak benar.
Perkara busuk memang akan dapat dihidu bak kata pepatah bangkai gajah mana boleh ditutp dengan nyiru atau tudung saji dan kata orang tua-tua buah macang buah durian dan buah nangka jiak dibawa masuk dalam bilik dan dikunci baunya tetap akan dihidu jiran atau lawan usah lah buat lawak bodoh menteri yang memang sudah bodoh hanya layak untuk menghantar bantuan atau menyelamatkan mangsa coleh oleh PATI.
ReplyDeleteIni je lah standard pngerusi glc..tahap spm gred3
ReplyDeleteKhabarnye dulu jual used car di jln kelang lama. ye ler tahap spm gred3. tp bintang nye bersinar memancar bila join umno. dan dah bergelar Dato' Seri.. Itulah hangpa tak mau berjuang dalam umno. Banyak Mashoook Maaaa.
ReplyDelete