Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 21, 2016

Punca Mukhriz ditolak.......

Dari maklumat yang aku dapat sebab-sebab penolakan ini ada munasabahnya

Petang tadi di Skypark Subang ketika menunggu penerbangan aku untuk pulang ke Kota Bharu aku terserempak dengan Datuk Ramzi Abdul Rahman Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai dan Datuk Kamaruddin Abdullah bekas Setiausaha UMNO bahagian kota Bharu yang sama-sama nak pulang ke Kota Bharu.

Oleh kerana aku kenal mereka berdua ni sejak bergiat dalam persatuan belia lagi, aku pun koreklah sikit kenapa UMNO Kedah tolak Mukhriz. Jawapan mereka sama sebagaimana laporan di bawah. Cuma satu lagi faktor tambahan ialah Mukhriz juga selalu ponteng menyuarat yang penting pada Kedah

Inilah sebabnya Pemimpin UMNO Kedah merasa kecewa. Faktor Datuk Ahmad Bashah pula tidak ada oleh disebut mereka berdua

Gagal bawa perubahan, renggang dengan ‘warlord’, punca Mukhriz ditolak
OLEH MD IZWAN
Published: 21 January 2016 6:55 AM
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir hilang sokongan dan ditolak parti sendiri kerana dikatakan gagal tunai janji manifesto dan menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 21 Januari, 2016. 

Kegagalan membawa perubahan dan hubungan tidak erat dengan 'warlord' (panglima) Umno menjadi punca Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tidak lagi mendapat sokongan dan ditolak parti sendiri, kata pemimpin dan pemerhati parti.

Turut tidak membantu, hakikat pentadbiran negeri kelihatan hilang fokus kerana Mukhriz menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur dan tidak dapat memberikan kepimpinan yang diperlukan untuk mentadbir negeri dengan berkesan, kata mereka.

Mereka berkata, faktor ini menyebabkan ramai 'warlord' parti bimbang negeri di utara tanah air itu akan ditawan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dijangka 2018.

Setiausaha Perhubungan Umno negeri Datuk Othman Aziz memberitahu The Malaysian Insider terdapat banyak janji dalam manifesto yang gagal ditunaikan Mukhriz sejak 2 tahun menerima mandat sebagai menteri besar.

"Kita banyak benda kena buat yang kita janji kepada rakyat.

"Isu manifesto ini pernah dibawa pembangkang, maksudnya selepas 2 tahun, mereka buat penilaian di mana tidak banyak pencapaian.

"Kita bimbang isu itu akan dimainkan semasa pilihan raya yang akhirnya memberi kesan kepada Umno," kata Othman, yang juga ahli Parlimen Jerlun.

Pentadbiran Mukhriz sedang berdepan kemelut selepas 14 ketua bahagian semalam menyatakan hilang kepercayaan terhadapnya dan meminta supaya ditukar menteri besar baharu.

Othman berkata, rakyat dan pemimpin Umno Kedah menaruh harapan tinggi kepada Mukhriz untuk membangunkan negeri dan membela rakyat, namun harapan tersebut tidak sampai.

"Harapan orang tinggi terhadap dia. Dia pun ada aura.

"Kita harap 5 tahun ketinggalan semasa kerajaan PAS kita dapat kembali maju ke depan.

"Kita harap suatu yang besar dapat dicapai, tetapi tidak sampai," katanya.

Selain itu, hilang fokus dalam pentadbiran kerana sering berada di Kuala Lumpur juga menjadi faktor Mukhriz tidak dapat mentadbir negeri dengan baik, kata Othman.

"Itu antara faktornya, hilang fokus apa semua. Memang itu yang terjadi.

"Mereka (ketua bahagian) mahu bergerak depan. Kalau tidak bergerak, kita bimbang tidak bersedia dalam pilihan raya depan nanti," katanya.

Mengulas mengenai situasi selepas ketua-ketua bahagian Umno di Kedah membuat kenyataan terbuka menolak Mukhriz, Othman berkata fungsi Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan negeri secara automatik tidak lagi berjalan.

"Umno ada struktur, ketua perhubungan itu dilantik perdana menteri sebagai presiden Umno, tetapi ia disokong bahagian.

"Jadi, kalau bahagian tidak sokong, maka tidak ada fungsi lagi," kata Othman merujuk kepada kedudukan Mukhriz ketika ini.

Sementara itu, bekas setiausaha Umno bahagian Pokok Sena, Ramli Yunus melihat penolakan yang berlaku berpunca daripada kegagalan Mukhriz bekerjasama dan memelihara hubungan dengan pemimpin bahagian.

"Beliau kurang kerjasama dengan ketua bahagian. Kalau beliau dapat bekerjasama, mustahil sampai 14 ketua bahagian tidak menyokongnya.

"Hubungan Mukhriz dengan ketua bahagian, timbalan, tidak semesra dengan pemimpin terdahulu.

"Sebagai contoh, Datuk Ahmad Bashah (Md Hanipah), dia datang daripada kalangan orang biasa, marhaen. Jadi, beliau lebih senang diterima orang lain," kata Ramli merujuk kepada timbalan pengerusi Umno Kedah yang mengetuai sidang akhbar semalam.

Mengenai calon paling layak menggantikan Mukhriz, Othman yang sebelum ini memberi laluan kepada Mukhriz menang tanpa bertanding di Bahagian Jerlun, mencadangkan Ahmad Bashah sesuai untuk dilantik memegang jawatan penting itu.

"Kena pilih di kalangan sedia ada, kemungkinan Ahmad Bashah. Itu saya rasa.

"Dulu masa jentera pilihan raya, Ahmad Bashah yang ketuai, dia pun pandai sepak terajang politik kampung," katanya.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, perkembangan terbaharu ini mungkin berpunca daripada tindakan pentadbiran Mukhriz sendiri yang menyisihkan "warlord" apabila lebih mementingkan penyokongnya.

"Pertembungan ini sebenarnya bermula sejak Pilihan Raya Umum ke-13, apabila di saat akhir, ada pertukaran beberapa calon.

"Sepatutnya Ahmad Bashah yang jadi menteri besar tapi ditukar kepada Mukhriz. Jadi, 'warlord' ini, ketua bahagian ini, tidak puas hati apabila mereka disisihkan.

"Malah, semasa peringkat awal pentadbiran Mukhriz juga banyak berlaku penyisihan. Cuma kemudian itu, nampak berbaik semula," kata Azizuddin.

Azizuddin berkata, kumpulan 'warlord' ini juga bijak mengambil kesempatan apabila menyerang Mukhriz pada ketika bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri sedang berkrisis dengan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata masih awal untuk meramalkan masa depan Mukhriz sama ada akan disingkirkan atau sebaliknya kerana pelantikan menteri besar perlukan perkenan Sultan.

"Masih awal untuk meramal, Najib hanya boleh membuang Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan tapi tidak selaku menteri besar.

"Banyak peringkat lagi perlu dilalui, kita kena lihat langkah susulan terlebih dulu. Kalau Mukhriz melawan semula, situasi berbeza akan berlaku," katanya.

Sementara itu, beberapa pemimpin Umno Kedah yang dihubungi The Malaysian Insider mengambil langkah selamat enggan mengulas kemelut yang sedang berlaku, antaranya Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dan Adun Guar Chempedak Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail.  – 21 Januari, 2016.

1 comment:

  1. itu katanya mukriz
    bagaimana pm sendiri semua janji dah ditunai ???
    semua masaalah BERES ??

    JADI ???
    Cakap ngata bawah yg di atas BERTERABUR BOCOR
    Bodek jgn tak bodek hidup membodek dan di bodek

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa