Ahmad Maslan akan terus ‘bersuara’ walau kecewa dikritik
Seorang pemimpin perlu berani memberi cadangan untuk kebaikan rakyat walaupun sedar ia akan berhadapan dengan kritikan
KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Maslan kecewa dengan segelintir pengguna media sosial yang menjadikan dirinya sebagai sasaran kritikan negatif dengan memutar belit kenyataan dan saranannya.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, niatnya baik apabila mencadangkan rakyat melakukan dua kerja untuk menambah pendapatan sebagai cara untuk berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Jika anda lihat apa saya cakap dan tulis di Twitter, tiada yang negatif tetapi telah diputar belit sehingga menjadi negatif dan ia membuatkan saya kecewa.
“Saya menjadi sasaran pengguna media sosial yang marah sejak GST diperkenalkan yang membuatkan saya benar-benar tidak suka,” katanya selepas Majlis Anugerah Buku Negara di PWTC pada Isnin.
Ahmad Maslan berkata, rakyat sepatutnya membaca dan memahami keseluruhan mesej yang ingin disampaikan bukannya mengambil aspek tertentu di luar konteks yang lari daripada maksud asal dan membawa kepada salah faham.
“Apa yang mahu sampaikan ialah selain kerja utama, rakyat boleh menjalankan perniagaan secara atas talian mengikut peraturan yang ditetapkan pada waktu malam atau hari minggu,” jelasnya.
Di sebalik kritikan, beliau tetap akan memberikan saranan kepada rakyat Malaysia menerusi media sosial bagi membantu rakyat berdepan dengan kehidupan yang mencabar.
“Inilah beza antara pengikut dan pemimpin. Jika tidak berani menyuarakan pendapat (kerana takut dikritik) lebih baik jadi pengikut.” katanya.
Budak Bahalol ini kaya
ReplyDeleteMana BENTLEY tak guna beli lemang ke ????
POWER jadi budak bahalol SONGKOK TINGGI
Habis Mrlayu kena lelong murah
En Ahmad Maslan. Adakah hanya pemimpin yang boleh beri pandangan?. Rakyat pula hanya perlu jadi pendengar?
ReplyDelete