Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 9, 2016

Bajet 2016, apa yang berani Najib ‘ubah suai’?

Published: 9 January 2016

Pada 30 Disember 2015, Bernama melaporkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani menyatakan kerajaan tidak akan membuat apa jua 'ubah suai' atau 'revisions' kepada Bajet 2016.

Beliau mengakui meskipun harga minyak mentah ketika Bajet 2016 adalah AS$48 satu tong dan pada ketika itu turun ke paras AS$36 kerajaan masih mampu menangani impak kejatuhan ini. Kalau pun jatuh sehingga AS$30 beliau tegaskan, kerajaan masih boleh membuat beberapa "tweaking" atau "suntingan" tanpa semakan.

Penulis pada 5 Disember mengeluarkan kenyataan menggesa Datuk Seri Najib Razak menimbangkan "revision" dan mengulangi sekali untuk perdana menteri segera bertindak (Berita Daily).

Berkebetulan semalam Najib juga membuat kenyataan akhbar beliau akan membuat "pengubahsuaian" kepada Bajet 2016.

Tidak perlu ditekankan faktor yang membawa lambakan bekalan minyak mentah dunia. Umum sudah tahu. Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan global meramalkan minyak mentah akan turun ke paras AS$20 setong. Sumbangan daripada pendapatan minyak dan gas kira-kira 30% (Royalti, cukai PITS, dividen).

Rakyat jelata tidak faham semua impak penurunan ini. Bagi mereka apakah kesan terhadap kos kehidupan dan barang keperluan seharian setelah pelbagai tambang pengangkutan awam dan tol naik, di samping GST dan penyusutan nilai ringgit menghimpit kehidupan sejak hujung tahun lalu. Manfaat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sudah tidak bererti.

Persoalan penting sekarang ialah "Apa yang kritikal dan munasabah untuk diubah suai oleh Najib?". Ini tahun kedua berturut-turut Najib perlu lakukan "ubah suai" kepada Bajetnya.

Tahun lalu setelah Najib lakukan ubah suai, pelbagai pihak termasuk para penganalisis dan pakar ekonomi, menyindir Najib lebih baik tak payah "ubah suai". Apakah akan diulang kesilapan lama?

Daripada segi pendapatan, apakah langkah konkrit Najib untuk kekalkan anggaran pendapatan RM225 bilion dalam bajet 2016 itu?

Sudah kita dengari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang menyelongkar pengamal perubatan swasta.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Kastam Di Raja Malaysia juga akan membantu "melancarkan" kempen keras pungutan dan pematuhan.

Agak "gila" juga untuk Najib menambah 1% cukai GST. Opsyen itu "gali kubur" sendiri namanya. Tambahan marah rakyat belum reda tentang derma RM2.6 bilion. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tegaskan tidak akan berkompromi dengan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International.

Bagaimanakah Najib mahu tangani kegawatan ini setelah terbiasa dengan berbelanja mewah.

 Apakah Najib mampu kurangkan daripada peruntukan perbelanjaan bajetnya yang sebanyak RM215 bilion?

Emolumen kepada saiz Kabinet XXL sukar nak dikecilkan. Apakah dia akan berani "adjust" perbelanjaan pembangunannya sebanyak RM50 bilion untuk LRT3 (RM9 bilion), MRT2 (RM28 bilion) dan Rapid Buses KL-Klang (RM2.5 bilion). Ini memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bukan rahsia lagi Najib menggunakan kaedah perbelanjaan "Off-Budget" pada sebahagian besar projek mega mewahnya. Itu dia akan teruskan.

Ataukah Najib akan mengambil jalan mudah untuk memohon menangguhkan bayaran faedah hutangnya yang sebanyak RM26.6 bilion setahun atau RM2.22 bilion sebulan itu atau RM73 juta sehari itu? Apa risiko negara di kaca mata agensi penarafan pula?

Apakah Najib akan menggunakan peluang ini untuk "menebus" dosa dalam kesilapan merumus Bajet 2016?

Najib membuat pemotongan besar-besaran ke atas bidang pendidikan, kebajikan dan perbelanjaan sosial sedangkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima RM20.3 bilion dalam Bajet 2016nya, menokok RM1 bilion daripada bajet tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, RM14.3 bilion tidak mempunyai pertanggungjawaban yang jelas seperti Dana Fasilitasi, Projek Mesra Rakyat dan Projek Khas. Pokoknya Najib terpaksa lakukan apa yang "tidak popular" buatnya dan dilihat akan 'bercanggah' dengan tema "Mensejahterakan Rakyat" dalam Bajet 2016.

Buat Parti Amanah Negara dan Pakatan Harapan, sejak penggubalan Belanjawan 2016 kami sudah mengangkat tema "Mengelak Ancaman Krisis" (Averting A Crisis). Strategi dan pendekatan belanjawan kami sudah dikemukakan. Kami bersedia untuk terus berperanan "menasihati" kerajaan dan lebih penting lagi "menyemak-imbang" semua dasar dan program kerajaan.

Lebih penting lagi adalah mendedahkan dan memperbetulkan segala perlakuan buruk dan amalan jelik yang terus-terusan membawa kebejatan dan kemusnahan kepada sumber dan kekayaan negara serta menghilangkan daya saing dan kemapanan ekonomi serta tadbir urus negara. – 9 Januari, 2016. - TMI

3 comments:

  1. Tuang Mountdweller,
    lengoh weh hamba baca pasal bajet haji najib.hamba ni dok berehat dgn kawang2 sbsb dok gi ke laut takap ikang hari nii.. bukang ke Tuang Presideng parti islang doh bagi nasehat ke haji najib;
    "benor tu AMANOH, bohong tu KHIANAT'
    mintok tolong tuang royat bari siket kat kite orang ke laut ni..guano amanoh & lagu mane pulok khenatt..

    seberang takir

    ReplyDelete
  2. Rasanya elok juga Najib membuat pelancaran melawat ke Marikh hanya dengan pergi ke Kuantan sahaja. Jika ramai pelancong antarabangsa hendak mendapat pengalaman ke Marikh yang akan dilancarkan itu, ekonomi negara tentu bertambah rancak mencanak!

    ReplyDelete
  3. No hal beb..Penasihat Assobiah Semalaysia kan ade!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa