Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 7, 2016

Kenapa Subky baru bersuara?

Patutnya salam Najib tidak disambut - Subky Latif
6 Jan. 2016

IKUT patutnya salam kerjasama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib agar Umno bekerjasama dengan PAS tidak perlu dilayan justeru PAS baru saja dikecek oleh Umno. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Jamil Khir Baharom tentunya tidak pandai sendiri menyarankan kepada Kerajaan Kelantan meminda enakmen kanun jenayah Syariah Kelantan 11 bagi membolehkan pindaan dibuat pula di Parlimen sebagai laluan pelaksanaan hudud di Kelantan dan mungkin juga di Terengganu. 

PAS pun apa yang disarankan tetapi PM Najib biarkan PAS terkial-kial untuk membawa usul persendirian di Parlimen atas perkara itu. Umno basuh tangan. 

Tetapi PAS adalah sebuah badan politik yang juga gerakan dakwah. Maka lamaran Umno itu mendapat reaksi yang menyenangkan dari PAS. Tidak keberatan bagi PAS menimbangkan untuk bekerjasama. 

Kerjasama macam mana tiada yang tahu kerana belum diketahui ada kedua-dua pihak membuat apa-apa pertemuan, setakat yanag diketahui. 

Kerjasama kedua pihak tidak boleh dimulakan dengan Umno mengirim Jamal Khair Bahrom atau Dr ASyraf Wajdi Dasuki dengan Nik Abduh atau Takiyudin Hassan.

Cakap Jamal Khair dan Dr Asyraf tidak laku. Ia mesti bertemu dulu PM Najib dengan TG Abdul Hadi Awang seperti yang Tun- Razak dan Dato’ Asri lakukan acam kali selepas 13 Mei 1969 dulu.

Jadi atau tidak jadi keduanya mesti acap bertemu dulu. Tak jadi pun tak mengapa tetapi pertemuan empat mata antara keduanya sekurang-kurangnya TG Haji Hadi dapat sampaikan nasihat dulu sekurang-kurangnya. 

Apa pun Umno nampaknya macam hendak sangat. Macam ia sudah hendak dilakukan esok atau lusa. Apa yang ada dalam hati pemimpin PAS tidak dikektahui lagi, tapi tindakan melarang peserta Israil dalam temasya luncur layar sudah dilihat sebagai permulaan kerjasama itu. 

Tentulah kerjasama yang dibangkit itu baru peringkat alam diplomasi. Kedua-duanya wajar bercakap elok. Tapi kalau belum sempat apa lalu dikatakan bendabenda yang benarkan kerajaan buat sudah dikatakan kerjasama sudah bermula, takut terlajak laju sangat. 

Sama ada Umno suka atau tidak suka, tiada muka dalam Umno yang sedia bercakap belawanan dengaan apa yang Najib kata. Kalau Najib kata, Umno patut terjun ke telaga najis nescaya berdulu kemudian mereka terjun. 

Akan tetapi sekalipun sudah habis anasir anti Tok Guru Abdul Hadi dalam lari ke alam lain ada juga yang pro kepimpinan ulama, setia kepada PAS, ada yang tidak sedap hati juga dengan apa yang dikatakan kesediaan PAS bekerjasama dengan Umno. 

Mungkin sesama pimpinan yang acap bertemu dengan TG Haji Hadi telah mafhum dengan apa yang beliau maksudkan dengan kerjasama itu, tetapi ada yang sedia dengan PAS itu yang kecut perut dan sakit kepala dengan reaksi pemimpin PAS itu. 

Hingga ada yang berkara, akan berlaku gembang kedua meninggalkan PAS dengan kerjasama itu. Saya dak pernah bertemu dan berbincang dengan pimpinan PAS atas perkara terbaru ini. Ramai yang bertanya saya akan arah tuju cakap-cakap terbaru itu. 

Ada yang menyebut mereka tidak faham dan belum setuju dengan reaksi dan apa yana pimpinan PAS hendak buat dengan kerjasama itu. 

Saya tidak dapat paksa mereka menerima yang pimpinan PAS mahu. Cuma saya suka sentuh sedikit tentang alam diplomasi politik yang dimainkan oleh para pemimpin. Tidak semua perkara diplomasi dan muslihat kerjasama itu boleh diterangkan kepada semua.

Diplomasi itu adalah alam yang penuh dengan muslihat. Pemimpin tidak cerita semua apa yang dalam kepalanya kepada semua. Kepada yang terdekat pun perlu juga dirahsiakan dulu. Jika semua yang sulit yang pemimpin hendak buat, jika diceritakan kepada orang, maka muslihat tidak jadi muslihat lagi dan pihak sasaran pula akan payah terima apa yang dimuslihatkan. 

Ustaz Fadzil Noor pernah ke rumah Anwar Ibrahim sebaik Anwar dipecat dari Timbalan Perdana Menteri tanpa memaklumkan kepada sesiapa dalam PAS. Tindakan itu dipertikai PAS, tetapi Ustaz Fadzil menjawab, sepatutnya pimpinan diberi sedikit kebebasan untuk membuat sesuatu tindakan tanpa menyebutkan dulu kepada parti. 

Saya boleh bersetuju dengan kemahuan Ustaz Fadzil betapa pimpinan diberi untuk bertindak terhadap apa yang difikirkannya baik. Dan pemimpin itu mestilah berani bertindak termasuk dalam perkara yang mulanya dirasakan tidak popular. 

Pada akhirnya pemimpin mestilah membuat apa yanga dipersetujui oleh semua dan pemimpin itu mestilah bersedia untuk didengar. 

Khalifah Abu Bakar Siddiq dan Khalifah Umar al-Khatab tidak mengira mereka adalah orang terbaik ketika menerima pelantikan khalifah tetapi meminta teguran terhadap apa yang dikira tidak kena. 

Dan kita juga wajar faham tidak semua yang pemimpin nampak dinampak sama oleh orang lain. Maka pemimpin itu perlu diberi keperacayaan orang bawah bertindak apa yang difikirkannya baik dan apa yang pemimpin fikir baik itu tidak dirasakan baik oleh orang lain. 

Itu jika kita bercakap dengan dan tentang pemimpin dari manusia biasa. Biasalah apa yanga dia nampak, orang lain tidak nampak. 

Bukan semua yang pemimin nampak, orang lain nampak. 

Mungkin kita boleh merujuk kepada perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah s.a.w dengan wakil Musyrikin Quraisy. Tidak semua yang diputuskan oleh Rasulullah s.a.w. disetujui oleh para sahabat yang terdekat. 

Baginda bersetuju dengan bantahan Quraisy tentang muqadimah perjanjian tidak menggunakan kalimah Rasulullah tetapi menggunakan Muhammad saja. Sayidina Ali yang jadi juru tulis draf perjanjian enggan memadamkan kalimah Rasulullah. Maka Baginda sendiri memadamnya. 

Sahabat-sahabat termasuk Umar al-Khatab tidak setuju perjanjian memulangkan orang Makkah yang lari ke Madina tetapi orang Madina lari ke Makkah tidak dipulangkan. Usai perjanjian baginda minta semua bertahalul sebelum kembali ke Madinah. Sekaliannya enggan bertahalul. 

Baginda mengadu pada isterinya tentang bantahan para sahabat itu. Nasihat isterinya, baginda dulu tahalul. Lalu sekaliannya tahalul. 

Jika keputusan Nabi ada yang sahabat besar tidak nampak hikmahnya, maka tentulah ada yang tidak faham keputusan pemimpin biasa. Bagaimana pemimpin ulama tentunya membuat keputusan berdasarkan panduan lazim pimpinan Islam seperti istikharah dan ada ijtihadnya, maka wajar semuanya memberi kepercayaan dan kebebasan kepada seorang amir membuat keputusan. 

PAS sebagai parti dakwah tidak wajar putus asa dengan Umno tipu dalam soal pindaan hudud di Parlimen, tetapi hikmat dari boleh berbaik dengan Umno membuka peluang kepada orang PAS bergaul mudah dengan orang Umno. Tentunya peluang baik digunakan untuk menyampaikan mesej dakwah. 

Adapun tentang pilihan raya, cerdiklah supaya tidak terikat. 

Sepanjang PAS berkonfrantasi dengan Umno, waktu pilihan raya saja perahu undi PAS pergi ke rumah Umno. Tiada apa dapat buat bila Umno tutup pintu pada perayu undi PAS. 

Jika selepas kerjasama, harihari bertemu orang Umno, maka orang Umno tidaklah terasa sangat waktu pilihan raya saja PAS temu mereka. Ketika orang Umno sendiri keliru dengan Umno, maka ini masa yang terbaik untuk berinteraksi dengan orang Umno.

Ini satu percubaan politik baru sebagai pembangkang. Bekerjasama kerana Allah, menjadi pembangkang pun kerana Allah. Salahkah kerjasama itu sebagai permulaan PAS ganti Umno? - sumber

20 comments:

  1. antara orang lama dalam pas, analisanya melalui tulisan dalam negeri agak menarik--mengherankan bila tulisan antara bangsanya--agak karut dan boleh menjejaskan reputasi orang lama

    ReplyDelete
  2. Membandingkan tindakan arwah UFN ke rumah DSAI slps dipecat dari UMNO dgn Salam 'terbuka' HadiAwang dan Najib tidak tepat langsung. Satu dah keluar dari UMNO@tong taik dan sekoq lagi masih di'dalam tong taik'. Pasti 'busuknya' berbeza. Apapun... org tengah 'bercinta'.. taik pun 'bau kasturi'biar pun diri turut terpalit taik tersebut!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy setuju dgn pendapat tuan. Sudah beberapa kali cubaan dibuat menaruh sabun atas tahi tapi tahi x berbau sabun sebaliknya sabun yg berbau tahi.

      Delete
  3. Jangan sampai pengundi meluat dgn kerenah pemimpin yg dilantik. Bersusah payah pengundi cuba memenangkan mereka tetiba bila berjaya dan dilantik mereka2 inilah yg menyakitkan hati.

    Tunggu PRU 14. Baru kamu kenal siapa pengundi. Berselindung disebalik ayat2...hadis2..

    Kalau bukan suara pengundi...tiada kamu diatas

    ReplyDelete
  4. Da berpuluh tahun bru nk mencuba..tu langkah kebelangkang...kalau kerna allah x takut menghadapi apa jua cabaran..bkn join puak umno zalim laknatullah

    ReplyDelete
  5. sobar masa tetap berlalu tanpa menunggu
    kebenaran pasti akan ternampak
    bila sampai masanya
    siapa benar siapa salah siapa pekena siapa tekena

    ReplyDelete
  6. Salam..dh kelaut pak subky oii..slama ni xbrdakwah ka,lpas tok guru nik aziz tiada bru brani brdakwah..umno dh tukar dasar ka,dh xzalim ka,rakyat dh xkbulur ka,hasil ngara dh d agih scara adil ka..apa yg nmpak d cni kamu hnya wala xbtempat..presideng nk trjun dlm tong taik pun masih lg pcaya tong taik tu akn tiba2 brubah jd tong minyak wangi..stuju tntang glombang pnhijrahan besar2an kali ke2..akn brlaku..tgu dn lihat..skrg ni pun rmai ahli2 akar umbi pas kcewa yg amat sgt dgn kpimpinan pas lani..dh xsama d waktu TGNA masih ada..cuma mreka masih bharap pas kmbali sperti dhulu..kosisten dlm prjungan..tp mlihat dri tndak tanduk kpimpinan lani harapan hnya tgal harapan..kpimpinan lani d lihat hidup bmewah2 sdangkan pngikut akar umbi mkn pun blum tntu..nk bkerjasama pula dgn regim yg dulu dn kini mzalimi rakyat..akar umbi xbleh trima lnsung..hancurnya pas krana mung hj haji..seorang kaki utrn,ckp bnyak ats emosi,suka mlabel mreka yg bselisih pndapat dngan mung,bukannya meraikan prbezaan pndapat..d ampu pula oleh pwala2 tegar yg sama jenis klakunya,jnis xbleh trima jika pndapat lain dri tuan presideng..smakin lama smakin tserlah sgala kbenaran..syukur pada mu ya Allah krana mngurniakan kami,ahli2 akar umbi pas skelumit akal untuk kami brFIKIR..slamat bselingkuh Pas dn Umno..wassalam...


    ReplyDelete
  7. Sory la pak Subky. Mungkin ini satu usaha pak Subky untuk parti pak Subky. Cuba la selagi boleh.. apabila agenda PASCAI dah tak selari demgan agenda rakyat maka boleh la pak Subky terjun lombong dengan parti pak Subky tu sekali... kah kah kah. yang pasti kami reformis yang tak terikat dengan agenda PASCAI akan menendang bontot PASCAI! Konsep Mullah Taliban rasanya belum ada tempat kat negara nih. Yang ada cuma konsep pak hangguk AMNO dah menjangkit kat PASCAI dalam usaha memperbodohkan ahli parti masing masing.. selamat jalan PASCAI... kab kah kah

    ReplyDelete
  8. Salam Perjuangan Bro,

    Blog Gelombang Rakyat kini kembali di medan peperangan dunia blogger dalam meneruskan perjuangan di medan keyboard warrior.

    Mohon jasa baik bro untuk menyenaraikan blog Gelombang Rakyat dalam senarai blog pilihan.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.my/

    Sekian, Salam Perjuangan.

    ReplyDelete
  9. Rata-rata kesemua para pemimpin didalam PAS mahu pun UMNO adalah berugama Islam. Mereka semuanya sudah sedia maklum bahawa Allah sudah berikan kepada setiap manusia itu dengan akal untuk membolehkan mereka berfikir secara waras. Sekiranya usul yang baik seperti yang dicadangkan oleh PM Najib untuk berbaik-baik pun diukur sebagai penuh dengan tipu muslihat maka mereka seharusnya menggunakan akal yg telah ALLAH kurniakan kepada mereka semua.

    Apakah cadangan itu bertentangan atau tidak dengan syariah Islam? Jika dirujuk pesanan Rasulllah SAW sebelum baginda wafat lebih dari 1400 tahun dahulu. Baginda Rasulllah SAw telah memerentahkan umat Islam untuk merujuk kepada hadis dan Al Quran sekiranya wujud perbalahan sesama mereka yang Islam itu. Didalam hal ini isunya adalah keperluan untuk menjalinkan semula hubungan silaturrahim yang telah terputus di antara orang Islam didalam PAS dan UMNO sejak sekian lama. Pemimpin PAS yang bertaraf Ulamak seharusnya sudah memahami dan sedia maklum bahawa putus hubungan silaturahim bukan perkara kecil sehingga memang terdapat ancaman haram masuk syurga kepada sesiapa yang engkar.

    Dari hadis Rasulullah SAW:” Tidak akan masuk surga orang yang memutus hubungan tali silaturahim.” (HR. Bukhari dan Muslim)

    Dari Al Quran surah Muhammad 22-23 “ Maka Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.”

    Perlu diingat slogan piliharaya PAS sedikit masa dahulu pernah berbunyi “UNDI PAS MASUK SYURGA”, tetapi ketika itu mereka sendiri pun telah bermusuhan sesama Islam dengan orang Islam UMNO. Padahal slogan itu pun memang sudah bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW seperti diatas. Fikir-fikirlah apa kah matlamat yang sebenar yang kita semua sedang perjuangkan? Tidak kah sentimen perasaan dendam didalam hati yang menjadi penghalang utama kepada silaturrahim yang dianjurkan itu? Tidak kah perasaan dendam itulah yang menyebabkan Iblis dilaknat ALLAh sehingga ke hari ini? Disebabkan olih perasaan dendam itu juga lah Iblis engkar dengan perintah Allah dan janganlah kita sebagai hamba Allah turuti langkah Iblis itu dan engkar dengan arahan untuk berpegang teguh dengan tali Allah.

    Atau apakah ulamak PAS masih berfikir orang UMNO itu solat mereka tidak ada pahala disisi Allah melainkan solat orang PAS sahaja yang betul? Tidak kah ulamak dan pemimpin PAS tahu dan sedar bahawa perpecahan orang Islam Melayu cuma akan mengembirakan orang seperti Guan dan Kit Siang parti DAP dan jugak kuncu-kuncu mereka Mat Sabu parti PAN dan PKR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abdullah Ibnu Ubayy Ibnu Salul juga Islam (sbb dia mengucap Syahadah).. solat berimamkan Rasulallah.. mati pun diuruskan secara Islam.. TAPI itulah Kepala Segala Munafik yg memporak-perandakan Islam. ... UMNO bukan sahaja memoerlekehkan Islam malah menghina Hukum Hudud!!! Hadi tak tau ka.. atau PAS ni dasar ja Islam tp matlamat harta dunia... waktu Sidang Parlimen gi mancing!!!

      Delete
  10. Anon 12:16am
    Kamu kata berdendam dengan UMNO yang kamu katakan pemimpin UMNO juga adalah orang islam tidak selari dengan tuntutan agama, tetapi bagaimana pula PAS yang berdendam dengan pemimpin PAN dan PKR yang rata-ratanya juga islam dibolehkan pula? Sila gunakan akal kamu untuk berhujah dari sudut itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro 12:16, kalau perkara yg mudah pun kau ada 2 standard....jadi bagi perkara yg besar2 macam mana agaknya ye..lu pikir la sendiri. Yg mana suka ambik tak suka buang. Ini lah Pas Dan jadi Umno bro.

      Delete
  11. Solat orang menyokong pemerintah yg Allah dah beritahu kita pun faham,
    Zalim pada rakyatnya dan tak berlaku adil tak kira bangsa dan agama.
    Adil tu yg membawa ke syurga tapi mesti dalam dalam lingkungan agama
    Diakhirat kamu berada dibelakangkan kepimpinan yang kamu ia kan aje, walaupun kamu tahu salah,, banyak pemimpin pandai mengekpolatasi sumber sumber yang nampak mcm ada kebenaran atau mengugut mereka dengan cara kerohanian sebelah sini dan sebelah sana dgn kebendaan untuk menegakkan kepentingan mereka
    Paling utama skg tegakkan pemerintah yg adil tu yg Allah hendak kan sepanjang zaman walau pun pemimpinnya orang kafir, akhir hayat Raja Habasyiah mati dgn beriman kerana ada sifat sayangnya dan adilnya pada orang Islam yg dilindunginya, Allah Redha dan makbulkan doa orang islam masa tu
    Jgn lah nak berkerjasama dgn orang zalim nanti buruk padahnya di dunia dan diakhirat
    Peluang sudah terbuka utk mengganti kerajaan yg ada tapi disebabkan kemelayuan ditambah kan dgn islam porak peranda jadinya skg
    Cina jugak di jadikan alasan, pada hal melayu lah skg lah yg membuat kerosakkan besar disokong oleh agamawan yg hanya menegur pemimpin babak haid dan nifas saja. Pasal tegur hal yg lain nanti soru miss

    ReplyDelete
  12. Elok juga Hadi jumpa Najib supaya dapat berbincang beberapa isu berikut yg sedang menekan rakyat sprt:
    1. UMNO BN tak akan mempersoalkan berapa banyak kawasan balak yg akan ditebang oleh Nik Amar.
    2. Apakah habuan untuk PAS dari rompakan MDB kerana Tuang Presideng sekali pung tak pernah bangkitkan isu ini.
    3. Berapa jawatan Minteri boleh bagi PAS untuk Takiyuddin, Tantawi, Dr Zuhdi dll.
    4. Apa Din Ayam akan dapat...

    ReplyDelete
  13. Ada org kisah ka analisis pk subky...ada hadi kisah ka..ada org bawah kusah ka...yg dok jena bahang nk hidop la ni dok meluat dgn bn..tup tup kita nk p dakwah kt dia...ada lojik ka umno bole ikut kehebatan ilmu agama to adi...ni parpu.!! Ingat kita bole ambik kesempatan ka d atas kekrliruan umno nnti masa pilihanraya...umno dah study siap la...mcmna pon teruk ahli umno keliru...bila mai tang duit dia bersatu...masa tu pas nk buat pa...buat menyemak last minit mana nk laku...biaq kalah asal dpt keredaan Allah...jgn dok perasan kita sja dok berlumba nk reda Allah...awat org lain semua dok buat dosa 24jam...kita sja yg betoi..?

    ReplyDelete
  14. Untung sabut timbul..makin tua makin banyak minyak nyer..aku da meluat..dlu aku sanjung tulisan nyer sbb konsisten skrg hampeh...

    ReplyDelete
  15. X relevan...kata2 agustin paul...huhu...

    ReplyDelete
  16. Bro 8:39

    Akal yang ALLAH kurniakan sy yakin dan percaya bukanlah bertujuan untuk mencari-cari kesalahan orang lain tetapi yang paling utama adalah supaya kita dapat beriman dan bertakwa kepada Pencipta. Yang terdaya saya lakukan setakat ini hanyalah untuk mengingati sesama kita supaya kembali kepada Hadis dan Al Quran ttg isu SILATURRAHIM sebab kita semua sedang menghadapi perpecahan ummah yang agak kronik. Saya pun bukan ahli UMNO mahu pun ahli mana-mana parti politik. Sy tak mau nak sentuh perpecahan yang berlaku diantara PAS dan PAN sebab ahli-ahli yang terdiri daripada orang Islam didalam parti itu kesemuanya sudah berakal. Lagi pun mereka dari asalnya adalah dari parti yang sama juga sebelum ini. Olih itu pandangan yang telah saya tuliskan sepatutnya untuk mereka juga tak gitu?

    Lagi pun pemimpin parti PAN Mat Sabu sudah terang dan jelas lebih rela berkiblatkan Guan Eng dan Kit Siang DAP. Padahal mereka berdua itu adalah orang yang paling kuat untuk cuba melumpuhkan ajaran Islam sebab mereka tahu bahawa musuh utama mereka bukanlah orang Melayu. Sebab itu kita ada orang-orang seperti tuan-tuan yang akan menyokong perjuangan parti pembangkang. Bagi mereka musuh utama parti DAP mesti dilumpuhkan dulu sebab ternyata cuma ajaran Islam sahaja yang mampu untuk menyatukan hati-hati manusia dan ini sangat merbahaya untuk perjuangan sebenar mereka. Malah “perbalahan” yang berlaku sesama kita ini tentang pentadbiran negara memang mereka alu-alukan yang mereka tidak mahu BERLAKU adalah kita semua bersatu dibawah satu kiblat dan Tauhid ajaran Islam

    Tidak kah IFC ditubuhkan oleh BAR Council Ambiga dan di pengerusikan olih Tony Pua PKR adalah bertujuan untuk meminda akta didalam perlembagaan yang sedia ada? Tidak cukup kah isu kalimah ALLAH yang pihak gereja Evangelist perjuangkan untuk disyirkkan itu menjadi ikhtibar kepada kita ttg matlamat dan tujuan sebenar mereka itu? Bagi saya menyokong mereka samalah seperti kita juga merestui untuk mensyirikkan kalimah ALLAH itu. Bagi saya kesedaran ttg matlamat jahat mereka ini adalah terlalu penting sebab saya tahu bahawa nyawa kita semua hanyalah diantara antara waktu Asar hari ini dan waktu asar esok sahaja.

    ReplyDelete
  17. lu lambat la pak subky, org dh 10 langkah kedepan, kau baru nak ikut.. pemimpin dah kelaut baru sibuk nak tegur. x payah la ditegur puak sarban besar ni, x makan ajar.. sbb dia lebih islam dari saudara islam di sekelilingnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa