Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 4, 2016

Pemimpin negara terbabit dalam pembunuhan Altantuya adalah pengakuan palsu?

Siapa yang pernah mengaku?
Mula-mula yang melaporkan cerita ini adalah RPK si Putar Alam........
Bagaimanakah dia mendapat cerita ini kononya secara detail tak siapa yang tahu

Siapa ‘tekan’ Sirul buat pengakuan palsu, soal Awang Selamat
mk - Published: 3 January 2016 11:35 AM
Akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan individu yang memujuk Sirul Azhar Umar membuat pengakuan palsu ada pemimpin negara terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada 2006. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2016.

Akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan individu yang memujuk Sirul Azhar Umar membuat pengakuan palsu ada pemimpin negara terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada 2006.
Menerusi ruangan pojok Awang Selamat, akhbar milik Umno itu mendakwa perkara ini pernah ditulis di ruangan mingguan tersebut dua bulan lalu berdasarkan maklumat sumber yang tidak dinamakan.
“Pengakuan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu terdapat pihak tertentu cuba memperalatkan beliau untuk tujuan politik Khamis lalu menarik perhatian kerana ia sesuatu yang amat serius.
"Hal itu didedahkan peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican selepas dimaklumkan sendiri anak guam mereka.
“Awang tidak terkejut dengan pendedahan tersebut. Dua bulan lalu, berdasarkan maklumat sumber, Awang menulis dalam ruangan ini Sirul dipujuk membuat pengakuan palsu kononnya pemimpin negara terbabit dalam pembunuhan tersebut.
“Motifnya hanya untuk menjatuhkan pemimpin berkenaan dengan cara kotor,” katanya.
Awang berkata, individu berkenaan merupakan dalam kalangan tokoh besar yang terdesak walaupun kedua-dua peguam Sirul tidak menamakan individu terbabit pada sidang akhbar itu.
“Namun Awang dapat tahu, usaha tersebut membabitkan bukan calang-calang orang, sebaliknya orang tokoh besar, yang bagaikan terdesak.
“Sedih kerana sampai begitu sekali percaturan politik yang tidak lagi bersandar kepada kebenaran.
“Tidak perlu Awang sebut siapa tokoh berkenaan, lambat-laun ia akan terungkai dengan sendirinya,” katanya.
Pada 13 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul dan Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya pada 2006.
Namun pada hari mahkamah membuat keputusan, Sirul tidak hadir kerana sebelum itu melarikan diri ke Australia.
Bagaimanapun, beliau ditahan pegawai imigresen Australia kemudiannya pada 20 Januari selepas Interpol mengeluarkan notis merah.
Sirul kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney. – 3 Januari, 2016.

6 comments:

  1. SEMUA NYE PALSU RASUAH KAPAL SELAM PALSU,BUNUH AL YANTUYA PALSU,JUAL NEGARA PADA NEGARA CHINA PALSU,BINI DAN BETINA PUAKA AMBIL DANA NEGARA PALSU ,TTPA TU PALSU APA YG BETUL TAK TAK TAHU NEGARA MENUJU KEHANCURAN PUN PALSU

    ReplyDelete
  2. Bangkai babi ekau nak tutup dengan daun pisang habih la satu kampung bau bangkai......
    Apa punya pengecut hakim mesia ni.... sengaja cakap motif tak penting agar si pelaku yg mengarahkan pembunuhan tidak diketahui....memang tahap paria negara kita sekarang!

    ReplyDelete
  3. Umno itu barua british.....mmng sial pemimpin umno. ni...

    ReplyDelete
  4. Negara menuju kehancuran bermula dalam era dia tu menjadi PM!! Sekarang dia nak jadi hero utk jatuhkan Najib, kononnya dia lah seorang pejuang kebenaran!! Cit!!!!

    ReplyDelete
  5. Dah bela BEWAK HIDUP maka siap jadi bangkai lah

    ReplyDelete
  6. Dari mula lagi dah sedia lakunan nya; topeng muka, hakim, peguam, saksi, dsb.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa