Jumaat, 1 Januari 2016
Melayu dan UMNO Jangan Kamu Jual
Malam tadi saya tak meraikan perayaan tahun baru, kecuali isteri yang melayan anak remaja saya. Saya ada dirumah dan tidur awal.
Kenapa? Saya tidak menipu orang atau bersikap haiporit, berpura-pura. Di tulisan saya dalam facebook, saya sampaikan perasaan simpati yang mendalam dengan keadaan rakyat yang menderita dengan kenaikan kos hidup yang tiba-tiba mendadak naik dalam alam kehidupan mereka, tanpa persediaan dan juga bertambah pendapatan.
Bagi mereka yang tidak buat kerja sosial saperti saya, mungkin tidak sampai kelubuk hati penderitaan rakyat ‘kelas rendah’ ini. Saya pekerja social dan tempat mereka mengadu, samada berjumpa, menalipon dan dalam whatsap. Kesemua meminta pertolongan bukan sahaja kewangan tetapi perkara lain, mohon sewa rumahnya dilepaskan dari disita.
Kesemua ini berlaku ialah pendapatan mereka lebih rendah dari perbelanjaan hidup. Sama saperti kata pendahulu ibu bapa kita.. besar periuk, besarlah keraknya.. Maka jika saya punya gaji berangka belas ribu pun, sejumlah 60% dari pendapatan di belanjakan bagi menguruskan kehidupan bulanan. Sewa rumah, bayaran ansuran dua kereta, letrik, air, astro,unifi, pembantu rumah dan bayaran lain, bagaimana yang mempunyai pendapatan bawah RM3ribu sebulan dan tinggal di rumah pangsa?
Itu sebab penderitaan rakyat ini.. menjadikan jiwa saya ‘memberontak’ dan tidak boleh menjadi seorang yang pura-pura kerana penderitaan rakyat ini, saya pernah melalui di zaman saya susah dahulu, tinggal dirumah pangsa membesar tiga anak. Hanya saya tidak menangis bila ditemui oleh mereka sama ada mengadu atau bercerita akan kesusahannya.
Itu sebab jugalah saya membuat status menegur seorang Ketua UMNO Bahagian yang berselfie atau bersuka ria diluar negeri atas alasan berbulan madu. Ini bukannya cara seorang pemimpin rakyat, itu pendapat saya. Jika kita tidak boleh membantu rakyat yang kita pimpin, jangan kita sakiti mereka dengan gambar atau photo kemewahan kita. Kerana kesan terlalu kuat untuk rakyat menolak parti dan kerajaan kita. Walau pun itu kita merasakan diri kita berhak untuk berbuat demikian, bercuti dan bergembira diluar negeri.
Tetapi jangan lupa, masa menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin belia dahulu, saya diperingatkan bahawa jika saya telah melibatkan dalam aktiviti social dan juga pemimpin belia, politik dan sebagai dalam pertubuhan bukan kerajaan. Kamu sudah jadi dimiliki oleh masyarakat.. setiap gerakan kehidupan milik mereka.. masyarakat yang berada di sekeliling kehidupan kamu.. Maka berjaga dan waspada apa yang kamu hendak lakukan hal-hal persendirian kamu.
Hari ini, khasnya pemimpin politik, menganggap kedudukannya dalam jawatan dalam politik dan juga kerajaan saperti sebagai kejayaan peribadinya dan tidak terikat dengan rakyat dan masyarakat.. Maka dia tidak ambil peduli kelakukan dan perbuatan dikhalayak ramai.
Wahai pemimpin politik.. Misi kita masuk politik ialah untuk bersama menjayakan cita-cita politik untuk kebaikan bersama dan bukannya hanya hanya sagelintir diantara kita.
Sudah banyak Negara tumbang.. baik Negara komunis, demokrasi atau monarki sejak berabad dulu.. Bacalah secara sejarah mereka. Banyak alasan dan sebab diberikan oleh sejarah tetapi kurang yang menulis antara sebab kebangkitan rakyat ialah ‘lifestyle’ atau gaya hidup pembesar dan keluarga yang berkuasa.
Bagaimana kejatuhan Shah Pahlevi yang mempunyai kekuatan tentera, akhirnya tumbang. Bagaimana Ferdinand Marcos ditumbangkan, sehingga pihak Tentera berpaling tadah. Bagaimana Soeharto, hilang jawatan Presidennya satelah berkuasa sekian tahun lamanya.
Masa saya diberi latihan di Libya pada tahun 1989, dalam siri lawatan kerumah Muamar Ghadafi yang konun menjadi simbol simpati rakyat menganggap Ghadafi sebagai pejuang rakyat Libya..Rumah itu ialah rumah isteri kedua.. dengan katil yang mahal.. dengan pembuka air paipnya di bilik airnya bersalut emas. Saya katakan kepada kawan-kawan saya yang sama kursus.. Jika semua ini terdedah kepada rakyat yang ditipunya.. Ghadafi akan mati di kakilima. Begitulah kesudahannya Muamar Ghadafi dipijak oleh rakyatnya sendiri? Kerana hidup dalam kepuraan menjadi pemimpin rakyat.
Maka kesimpulannya saya menyeru kepada pemimpin UMNO.. simpan sikit kebodohan itu dengan mengumpulkan harta dan kekayaan dengan airmata rakyat. Saya kenal dengan beberapa orang yang berasal saperti saya.. hanya hidup biasa-biasa. Bila masuk politik, pegang jawatan tinggi sikit kemudian hidup berubah.. dan kemudian pandai bercakap soal survival melayu. UMNO dan Melayu hanya alat untuk memuaskan nafsu serakah sahaja.
Itu sebab dalam isu ‘Melayu’ saya tidak mahu melibatkan diri, bukan saya tak sayang bangsa saya.. Kerana sayang yang kadang kala statup yang saya upload dalam fb saperti saya berada di parti pembangkang.
Terserah kepada yang membacanya, yang penting selama 45 tahun saya tidak menjual UMNO dan Melayu untuk kepentingan diri saya.
Januari 1, 2016
Bandar Sri Permaisuri,
Kuala Lumpur.
- zaharinmy
apa boleh buat ada lagi yang nak sokong puak haprak tu
ReplyDeletebodoh ala kadar@manja2 ok la tuan. . tapi ramai sangat
ReplyDeleteDah tau perangai buruk nak sokong lagi..melingkup la UMNGOK pru14 nanti jangan sampai melayu undi DAP sebab dah meluat parti UMNGOK mempergunakan nama melayu dan agama raih undi simpati melayu lain tapi perangai mengalahkan ca ya nun alip DAP...Ingat!!!!UMNGOK bukan satu satu nya parti melayu dan rakyat bukan terpaksa undi UMNGOK..parti melayu paling bodoh abad ini...berjaya membawa mesia no 3 tangga rasuah sikit je lagi boleh capai no 1..tahniah..
ReplyDeletebodo manis manis je
ReplyDeleteMana wan rosli aka An Anonymous ni.. dah byk hari tak singgah.. merajuk ke meroyan cik wan
ReplyDeleteBtul...dlm poket 25hb tinggal rm20 je..najib n umno nmmng sial...patut tun raha bunuh najib lpas lahirkn...btul2 sial punya manusia bernama najib bin razak
ReplyDeletePadan muka, jadi lagi pecacai Umat Melayu Nazak Otak...
ReplyDeleteSyabash tuan baharin....kalaulah kebanyakan pemimpin hamno ada kesedaran diri dan rasa tanggung jawab seperti yang tuan tuliskan di sini, aman makmur tanah air kita ini. China DAP dapatlah dua tiga kerusi parlimen. Sementara PAS tinggal berceramah di masjid dan buat kerja kebajikan tanpa perlu menjual agama seperti sekarang.
ReplyDelete