Apa pula kene mengena antara Sarawak dan Kelantan?
Kalau dah PAS rasa kuat sangat bertanding jerlah di sana walau semua seats pun!
Wan Abdul Rahim dicabar bertanding di Sarawak
Cabaran itu bagi melihat sama ada parti itu diterima oleh pengundi di Sarawak atau sebaliknya dan sebagai penentu masa depan AMANAH
PETALING JAYA: Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dicabar untuk bertanding mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada Mac ini.
Pengerusi AMANAH Kelantan itu dicabar oleh PAS Putrajaya dengan tujuan untuk melihat sama ada parti itu diterima oleh rakyat di negeri berkenaan atau sebaliknya.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, PAS kawasan itu menyatakan PRN Sarawak akan menjadi penentu kepada masa depan parti tersebut.
“AMANAH pernah menyatakan hanya akan bertanding di negeri Pantai Barat Semenanjung sahaja. Tetapi, hari ini telah membayangkan akan bertanding di Kelantan, Terengganu dan Kedah pula.
“Kalau rasa kuat sangat, masuklah lawan di Sabah dan Sarawak. PRN Sarawak tidak sampai tiga bulan lagi,” kata kenyataan itu yang turut menuduh AMANAH ditubuhkan bagi membantu UMNO.
Baru-baru ini sebuah laman portal melaporkan Wan Abdul Rahim sebagai berkata, beliau bakal bertanding di Kelantan sekiranya tidak mencapai kata putus menerusi rundingan dengan kerajaan negeri itu.
Bagaimanapun katanya, keputusan muktamad untuk meletakkan calon atau tidak hanya akan dibuat oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkenaan sebelum ini berjuang selama 30 tahun dalam PAS dan kemudian keluar dari parti berkenaan untuk menyertai AMANAH dan kini dilantik sebagai pengerusi parti itu di Kelantan.
Abe
ReplyDeleteKater PAS kuat. Bakpo dok nak tahan ore lain nak bertanding di Kelantan. Bakpo tak suruh UMNO pun jangan bertanding di kelantan juga.
Yang herannya mengapa PAS Putrajaya yang sebok masuk campor urusan politik negeri Kelantan? Ini membawa kita kepada persoalan, besar kemungkinan bahawa PAS Putrajaya juga sabotaj Husam Musa semasa beliau bertanding kerusi pa4limen putrajaya dalam PRU 13 dulu. Kuncu PAS Putrajaya sengaja mengarahkan Husam bertanding di Putrajaya supaya mereka boleh sembelih Husam Musa disana.
PAS meroyan sbb apa ek??? Sukke dio ler nak bertanding kat mana pun. Habis doh ko orang bijok dlm PAS ni??? Yg tinggal dlm PAS lo ni hok 'mulut cerdik' tp akai yillek... guna akal n lutut ja la. Patut la UMNO nok sangat ke PAS jadi Punaisihat... seruppo ngan dio...
ReplyDeleteMana cerdik puak PAS ni. Sebab tu UMNO suka dia sebab bodoh. Orang bodoh jadi makanan orang cerdik. Tahniah UMNO kerana berjaya perbodohkan PAS.
ReplyDeleteapa hendak dihebohkan lagi atau salah parti lain dok bangkang pasal HUDUD ,Presiden Sotong Pas sudah jadi penasihat Umno jadi undang2 Hudud akan lagi cepat diluluskan. Harap jangan dok salah PH
ReplyDeletelawak gaban kot.
ReplyDeletepan di tubuhkan untuk membantu umno.
sedang kan pas sekarang ni nak penasihat.dan bergabung dengan umno..
yang mana satu betul ni
hangpa buat lawak la..
lawak gaban kot.
ReplyDeletepan di tubuhkan untuk membantu umno.
sedang kan pas sekarang ni nak penasihat.dan bergabung dengan umno..
yang mana satu betul ni
hangpa buat lawak la..