Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 9, 2017

Berapa puluh kali mau ulang daa.......bertindaknya tidak!

Guruh jer kuat berdentum.......hujannya tak kunjung tiba!

Lawan demi maruah Pas
KAMARUL HALIM M KAMAL - 9 APRIL 2017
Idris Ahmad 

BATU PAHAT - Pas akan meneruskan saman malu terhadap Sarawak Report kerana ia berkaitan maruah parti, berhubung dakwaan portal itu bahawa Pas mendapat RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, pihaknya telah melantik seorang peguam, Adam Tudor untuk mengendalikan kes berkenaan, selain menyediakan RM1 juta untuk urusan guaman kes yang dibicarakan di London, United Kingdom.

“Kita akan tetap perjuangkan kebenaran, jika diam sahaja pasti akan ada yang menyatakan kita telah melakukannya, lebih baik kita lawan kes ini demi maruah Pas,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda Pas Johor yang turut dihadiri Pemangku Ketuanya, Jawahir Amin, di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, Pas akan meneruskan perjuangan dengan menjadi blok ketiga pada PRU14 dan akan bergerak secara sendirian, malah telah bersedia untuk pilihan raya itu.

Dalam masa sama katanya, Pas turut menidakkan ura-ura parti berkenaan akan mengadakan kerjasama dengan parti lain, sama ada gabungan parti pembangkang atau BN.

Menurutnya, dengan pendirian itu, ia bakal memperlihatkan pertempuran tiga penjuru pada PRU14, sebagaimana ketika tidak menyertai pakatan pembangkang.

"Ketika itu Pas masih mampu memenangi kerusi dan menguasai beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu serta Kedah.

“Tidak mustahil juga kita mampu menguasai Johor, dengan kekuatan anak muda terutama Pemuda Pas Johor.

“Secara umum, inilah keputusan terkini Pas dan jika ada pandangan tertentu di peringkat negeri, kita akan perhalusi dan berbincang dahulu,” katanya.

3 comments:

  1. Contoh yg baik utk memahami kemunafikan politik agama....

    ReplyDelete
  2. Sabar admin just wait..... Cabaran utk bentang RUU 355 telah tertunai .... Nanti admin juga yang Kesipuan mcm beruk kena belacan!

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah...saman la ustaz..
    Sebelum rakyat kata geng ustaz cakap merapu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa