Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 8, 2017

Bila dipersendakan Orang Luar: Kita marah walau tidak suka Najib.......

Persenda Najib: Mediacorp mohon maaf
WARTAWAN SINAR HARIAN - 5 APRIL 2017
Rancangan hiburan OK Chope! yang disiarkan di Saluran 5

MEDIACORP hari ini tampil memohon maaf berhubung isu menghina dan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rancangan hiburan OK Chope! yang disiarkan di Saluran 5.

Ketua Pegawai Pelanggan MediaCorp, Debra Soon berkata, Saluran 5 dan pasukan produksi OK Chope! ingin secara ikhlas memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia berhubung rancangan yang disiarkan pada minggu lepas.

"Episod minggu lalu termasuk komen-komen yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang tidak berhemah dan menyakiti perasaan.

"Kami menarik balik siaran ulangan berkuatkuasa serta merta dan memohon maaf atas kesilapan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, salah seorang pelawak yang terlibat di dalam program berkenaan Najip Ali turut menyatakan permohonan maaf berhubung komen yang diberikannya.

"Sejak beberapa hari lepas, saya melihat semula komen-komen yang diberikan di dalam segmen saluran 5 yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Saya sedar bertapa saya tidak sensitif dan tidak berhemah. 

"Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Saya meminta maaf kepada penonton serta rakan-rakan," katanya.

OK Chope! adalah rancangan komedi yang menampilkan oleh Vernetta Lopez sebagai pengacara dan Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See sebagai ahli panel.

Baru-baru ini, stesen penyiaran Mediacorp milik Temasek Holdings menerusi program 'OK Chope!' dalam episod ke-26 program itu dilihat telah mempersendakan dan menghina perdana menteri.

Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat: "Najib slams ... for threatening Malaysia's progress". 

Para peserta program itu termasuk Najip, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

* Marah sebab Najib masih PM kita. 
Walau pun marah tetapi apakah penyebab penghinaan itu. Rakyat Malaysia harus berfikir dan merenung

2 comments:

  1. 1 dunia dok hina dia. He deserves it. Klu dia org baik dan mulia, taklah semua org nak hina dia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa