Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 9, 2017

Bukankah itu tujuan mereka bangkitkan usul ini?

Kerana keuntungan politik.......

RUU 355 hanya pecah-belahkan umat Islam
WARTAWAN SINAR HARIAN - 8 APRIL 2017
Tun Mahathir

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, dalam negara yang berbilang kaum ini, setiap pihak seharusnya sensatif terhadap agama-agama lain kerana Islam menekankan agar umatnya menghormati agama lain.

"Jadi kita tak boleh buat sesuatu untuk memaksa orang merasa takut pada Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Hardtalk yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, malam tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bila tangguh, maknanya Pas kerja lebih keras!]

Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi sokongan terhadap RUU 355 bertujuan bagi mendapatkan sokongan daripada Pas.

Namun begitu, Mahathir yang juga merupakan bekas Perdana Menteri turut mendakwa Najib juga sebenarnya berada dalam keadaan bimbang berikutan kehilangan sokongan daripada pihak lain ekoran tindakannya itu.

"Jadi beliau kini dalam keadaan serba-salah dan dilema.

"Beliau tak nampak jalan keluar maka inilah caranya iaitu dengan menyerahkan kepada Pas sendiri untuk membentangkan RUU 355 tersebut," katanya.

Sebelum ini, Najib mengumumkan bahawa Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda RUU 355 di Parlimen.

Susulan itu, pada hari terakhir Parlimen bersidang, Ahli Parlimen Marang yang juga merupakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan untuk membentangkan usul pindaan RUU 355 buat kali ketiga.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa