Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 4, 2017

Ini salah satu petanda yang pilihanraya dah dekat!

* Saya pun tak sedar yang masih ada rakyat Kelantan hidup bergelap!
Tapi saya bukanlah MP atau ADUN atau Pengerusi JKKKP

Hanya lilin terangi malam
WARTAWAN SINAR HARIAN - 4 APRIL 2017 
Hanya lilin terangi malam Mat Soleh (kiri), Abd Aziz (empat, kiri) dan penerima selepas majlis penyerahan generator, kelmarin.

BATU MELINTANG - Tiga tahun hidup tanpa bekalan elektrik menguji kesabaran enam keluarga di Kampung Bintang, di sini.

Penerima, Mat Soleh Hamid berkata, dia tidak menyangka akan dapat memiliki generator kerana sedar kos yang sangat besar diperlukan untuk mendapatkannya.

Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada lilin dan pelita sebagai sumber cahaya kerana kawasan berkenaan tidak mempunyai bekalan elektrik sejak hari pertama mereka mendiami kawasan itu.

“Hanya itu pilihan yang ada, walaupun teringin ada generator, kami tak mampu, hingga akhirnya dimaklumkan akan terimanya secara percuma daripada YB (yang berhormat).

“Gembira, sebab akhirnya malam kami dapat juga cahaya yang lebih terang selepas ini,” katanya selepas menerima sumbangan generator daripada Adun Kuala Balah, Datuk Abd Aziz Derasyid, kelmarin.

Dia berkata, dia dan penduduk kampung berkenaan bersyukur dengan kemudahan yang ada.

“Dengan adanya generator ini, insya-ALLAH kehidupan kami akan lebih selesa dan sempurna selepas ini.

"Kami harap bekalan elektrik dapat disalurkan ke kampung ini sebelum pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, Pentadbir Mukim Dun Kuala Balah, Rodzi Mohamad, kos tinggi untuk membekalkan sumber tenaga elektrik di kawasan berkenaan menyebabkan ia terus gelap sehingga kini.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedaya upaya membantu memberikan kemudahan kepada enam keluarga yang menghuni kampung berkenaan sejak tiga tahun lalu dengan membekalkan generator sebagai sumber cahaya.

“Inisiatif Datuk Abd Aziz membolehkan keenam-enam keluarga ini memiliki generator sendiri sekali gus menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka selama ini,” katanya.

Menurutnya, kira-kira RM6,000 diperuntukkan bagi membekalkan generator berkenaan, yang diharap memberi lebih keselesaan kepada kira-kira 40 penduduk di kampung itu dalam meneruskan kelangsungan hidup.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa