Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 3, 2017

Kemalangan Lembah Beringin: Patut ler, banyaknya kesalahan pemandu ni!

Kemalangan Lembah Beringin: Pemandu treler ditahan polis
Israr KhalidAstro Awani |  April 02, 2017 22:38 MYT

Kemalangan Lembah Beringin: Pemandu treler ditahan polis
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan kemalangan tersebut dipercayai berpunca akibat tayar treler yang pancit, dan seterusnya hilang kawalan. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Pemandu treler yang terlibat nahas maut di KM 402.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Utara dekat Lembah Beringin ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun siasatan awal mendapati pemandu yang berasal dai Gurun, Kedah itu mempunyai lapan rekod lampau kesalahan lalu lintas.

Suspek pernah dua kali terlibat dalam kemalangan bawah Kaedah Rule 10 LN 166/59  di daerah Kampar dan Kuala Pilah serta disaman enam kali atas kesalahan lalu lintas iaitu tiada lesen, membawa kenderaan tanpa insurans dan cukai jalan.

Selain itu, pemuda tersebut juga mempunyai rekod jenayah iaitu pernah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Hasil ujian air kencingnya adalah negatif, namun dia kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian darah bagi mengesan dadah serta alkohol.

Keputusannya akan diketahui selepas dihantar Jabatan Kimia Malaysia.

Dalam kejadian 7.41 pagi tadi, enam sekeluarga maut dihempap treler dalam satu kemalangan di KM 402.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Lembah Beringin.

Lam Wai Loon, 46, dan isterinya Wong Check Lee, 53, serta dua anak lelaki mereka Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Yong, 13, terbunuh di tempat kejadian.

Turut maut ialah bapa dan adik lelaki Lam, Lam Leong Choy, 76, dan Lam Wai Keat, 38.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan kemalangan tersebut dipercayai berpunca akibat tayar treler yang pancit, dan seterusnya hilang kawalan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa