Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 4, 2017

Letupan di Rusia pula: 10 terbunuh, 20 cedera

10 terbunuh dalam letupan St Petersburg

  | April 3, 2017
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pihaknya mempertimbangkan semua sebab, termasuk serangan pengganas
MOSCOW: Sepuluh orang terbunuh dalam letupan sistem metro St Petersburg hari ini, kata sumber perkhidmatan kecemasan Rusia kepada Reuters.
Terdapat letupan dalam 2 gerabak kereta api di 2 stesen metro, kata perkhidmatan kecemasan St Petersburg.
Agensi berita Interfax memetik sumber sebagai berkata salah satu letupan melibatkan peranti dipenuhi serpihan. Agensi itu juga melaporkan 20 orang tercedera dalam kejadian ini.
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata kerajaan mempertimbangkan semua kemungkinan dalam letupan sistem metro St Petersburg ini, termasuk serangan pengganas.
“Saya sudah bercakap dengan ketua perkhidmatan khas kami, mereka sedang berusaha memastikan sebab letupan,” katanya, dalam pertemuan dengan Presiden Belarus Alexander Lukashenko.
“Sebab letupan masih belum jelas, masih terlalu awal. Kami akan lihat semua kemungkinan, serangan pengganas serta penjenayah,” tambahnya

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa