Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 3, 2017

Projek pembangunan Institusi Pelancongan Lembah Binjai: Banyak juga kluk-klek kerajaan Kelantan ni

Selepas sebulan dialog, Exco kerajaan negeri Kelantan terus membisu
03 April 2017 | ARIF ATAN
Projek pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai di Kubang Kerian dibimbangi bakal meranapkan lima buah kampung.

Projek pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai di Kubang Kerian dibimbangi bakal meranapkan lima buah kampung.

Penduduk Kampung Pulau Tengah di Kubang Kerian, Kelantan mempersoalkan sejauh mana penempatan mereka duduki tidak terjejas akibat projek pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai yang bernilai RM100 juta.

Wakil penduduknya, Syam Ghaz memberitahu, hasil dialog penduduk dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mumtaz Nawi yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 24 Februari lalu sehingga pada hari ini masih tidak mendapat reaksi yang sewajarnya.

"Sudah 37 hari dialog yang saya dan beberapa penduduk kampung usahakan berlalu. Kampung kami (Pulau Tengah) sememangnya 100 peratus membantah sebab di sini penempatan paling padat dan strategik di Kubang Kerian, pulau dikelilingi sungai.

"Hasil perbincangan dengan penduduk, kami sepakat tidak bersetuju kampung kami diambil alih untuk Projek Lembah Binjai. Masa penerangan dari YB Mumtaz ia menerangkan projek ini akan membabitkan pengambilan secara berfasa-fasa juga, dan perbincangan penduduk akan dibuat. 

"Jadi, ketika perbincangan itu, kami telah meminta jaminan hitam putih daripada YB Adun Demit, Kerajaan Negeri Kelantan, MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu) dan pemaju syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd bahawa kampung kami tidak akan diambil alih seperti Kampung Chepa.

"Kampung Chepa telah diwartakan pada 22 Disember 2016, tanpa pemakluman kepada semua 144 pemilik tanah berkenaan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 20 Januari lalu, akhbar melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AUEI Teras Holdings Sdn Bhd (AUEI) bernilai lebih RM100 juta bagi melaksanakan Pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Fattah Mahmood, dilapor berkata, projek di kawasan seluas kira-kira 200 hektar itu akan membabitkan pembangunan perumahan dan pasar baru Kubang Kerian bagi fasa pertama.

Menurutnya juga, proses pengambilan tanah pada masa ini sudah berjalan lancar dan pembiayaan projek dibiayai seratus peratus oleh syarikat berkenaan.

Mengulas lanjut, Syam memberitahu, penduduk sebelum ini sedaya upaya cuba untuk berunding dengan kerajaan negeri dengan sanggup mengadakan sesi dialog bersama Adun Demit dan pihak MPKB bagi menyelesaikan isu tersebut secara matang tanpa ganguan politik.

"Sehingga hari ini, kami masih belum mendapat jaminan hitam putih daripada Kerajaan Negeri, sebab itulah kami respon kembali, minta ada jaminan. Penduduk Kampung Pulau Tengah tidak mahu senasib dengan Kampung Chepa yang sudah diwartakan.

"Penduduk sepakat menolak cadangan pengambilalihan tanah yang membabitkan kampung-kampung kami untuk Lembah Binjai," tegasnya lagi.

Untuk rekod, Warta Kerajaan Negeri Kelantan, Kanun Tanah Negara (Akta 56 Tahun 1965) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486), Seksyen 8 pada 22 Disember 2016 memaklumkan cadangan pengambilalihan tanah sebanyak 144 Lot Tanah di Kampung Chepa, Dun Demit, Kubang Kerian bagi Cadangan Pembangunan Tebing Sungai Pengkalan Datu (dari Jambatan Tok Kenali (Binjai) ke USM Kubang Kerian) bagi Zon A, Fasa 1.

Kampung Pulau Tengah dan Kampung Chepa antara dua daripada lima kampung yang dibimbangi terjejas akibat projek pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai dengan jangkaan tempoh lima tahun itu.

Menurut Syam lagi, penduduk Kampung Chepa marah apabila pewartaan tersebut diputuskan hanya selepas wakil kerajaan negeri menemui 12 sehingga 14 pemilik rumah sahaja bukan kesemua pemilik tanah yang pada masa ini ditanam dengan kelapa.

"Di Kampung Binjau, tiada bantahan ketara sebab kerajaan ambil alih tanah kosong. Di Kampung Pulau Raja, setakat ini bantahan awal kecilan sahaja kerana difahamkan tiada ketua bertindak selain tiada rumah.

"Di Kampung Pulau Hilir, ada bantahan kerana khuatir eco-pelancongan sungai akan terjejas jika projek ini diteruskan," jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa