Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 7, 2017

Tak sedar dibodohkan atau suka bangga begitu?

RUU 355: Ahli Parlimen gagal buktikan tuduhan ke atas PAS
ismaweb April 7, 2017 
KUALA LUMPUR, 10 Rejab 1438H, Jumaat – Tindakan Ahli Parlimen yang membuat kecoh selepas Speaker Dewan Rakyat membenarkan pembentangan RUU 355, memperlihatkan mereka gagal membuktikan tuduhan ke atas PAS selama ini.

Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, mereka yang membuat bantahan itu sebenarnya bukanlah kecewa dan marahkan speaker menangguhkan sidang.

“Hakikatnya mereka kecewa tuan speaker membenarkan usul persendirian dibentangkan oleh Presiden PAS.

“Dengannya, mereka gagal memenangkan tuduhan mereka bahawa PAS ditipu UMNO. Hukum Tuhan, orang menipu akhirnya mendapati merekalah yang menipu diri sendiri. Bersandarlah pada Allah. Dia-lah pemilik makar dan tipu daya,” kata beliau di Facebooknya, hari ini.

Semalam, sidang Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang cuba untuk mempertikaikan keperluan pembentangan daripada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Rata-rata Ahli Parlimen pembangkang menjeritkan perkataan ‘takut, takut’ kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sebelum beliau beredar dari kerusi Speaker Dewan Rakyat.

Meskipun perbahasannya terpaksa ditangguh, Nik Abduh memuji tindakan Pandikar Amin membenarkan ia dibentangkan.

Katanya, keberanian Pandikar patut dipuji.

“Jika tindakan Tan Sri menangguhkan sidang ‘dikira’ sebagai satu kesilapan, ia hanyalah kurang 10 peratus berbanding 100 peratus ketepatan tindakannya membenarkan usul tersebut dibentangkan.

“Semoga Allah memberi ganjaran tertinggi kepada Tan Sri Speaker Dewan Rakyat di atas ketulusan, keberanian dan kecekalannya berhadapan kesukaran membenarkan usul persendirian Marang dibentangkan,” katanya.

* Korang boleh ulas di atas pandangan Nik Beduh ini......

Korang baca ni pulak:

Ketika komponen BN tahu RUU 355 tangguh, Pas tak tahu apa-apa
07 April 2017 | MALAYSIA DATELINE
Dr S Subramaniam

Keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang Akta 355 yang dibentangkan presiden Pas semalam telah diketahui lebih awal para pemimpin parti komponen BN, namun tidak pula diketahui sebahagian pemimpin Pas.

Presiden MIC Dr S Subramaniam berkata, BN sudah membuat keputusan supaya tidak berlakunya pengundian bagi usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 selepas perbahasan dan huraian di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut Subramaniam, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN sudah menetapkan usul persendirian ahli Parlimen Marang itu akan dibentangkan dan dihuraikan namun tiada pengundian akan dilakukan.

“Keputusannya adalah membenarkan Pas membentangkannya dan terdapat persetujuan untuk tiada sebarang pengundian,” kata Dr Subramaniam, ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Segamat itu berkata, keputusan itu selari dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN.

Kali terakhir Majlis Tertinggi BN bersidang adalah pada 29 Mac apabila perdana menteri yang juga pengerusi BN mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 walaupun beberapa kali dijanjikan sebelumnya.

Keputusan itu, kata Najib dibuat sebagai menghormati konsensus BN.

Subramaniam berkata, sekiranya Speaker Dewan Rakyat tidak menangguhkan sesi perbahasan usul persendirian tersebut, MIC akan memberikan pendirian dan pendapat mereka berhubung perkara itu.

“Oleh sebab speaker tidak membenarkan perdebatan jadi MIC tidak boleh menyertainya.

“Jika speaker membenarkan pihak lain untuk berbahas, kami akan memberikan pendapat kami daripada sudut pandang Perlembagaan,” kata Dr Subramaniam dipetik The Malay Mail Online.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berkata, konsensus yang dicapai BN adalah hanya membenarkan RUU 355 itu dibentangkan.

"Itu sebenarnya keputusan (yang dicapai BN) tetapi hanya untuk memperkenalkan (RUU 355)... dan itu sahaja," katanya ketika ditemui pemberita.

Pandikar semalam menangguhkan perbahasan usul persendirian Abdul Hadi untuk meminda RUU 355 ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang pada 24 Julai depan.

Keputusan itu dibuat selepas ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan selesai berucap menyokong usul persendirian tersebut selepas Abdul Hadi membentangkannya di Dewan Rakyat.

Namun Dewan Muslimat Pas dalam satu kenyataan yang disiarkan laman rasmi parti itu, Harakahdaily semalam berharap usul itu dapat dibahaskan dengan baik oleh ahli parlimen dan diterima akhirnya.

"Dewan Muslimat Pas mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan-Nya kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas bagi membentangkan usul pindaan akta 355 dengan penuh tenang dan jelas.

"Dewan Muslimat Pas juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru atas pembentangan usul tersebut. Kami harap usul ini dapat dibahaskan dengan baik oleh ahli parlimen dan diterima akhirnya," kata ketuanya Nuridah Mohd Salleh.

Sayap wanita Pas itu juga menyeru rakyat Malaysia supaya "berdoa agar usul ini diterima dan diluluskan".

Sekumpulan 11 ahli Pas juga berada di jalan utama menuju bangunan Parlimen semalam kerana menyahut seruan ketua penerangan Pas, Nasruddin Hasan agar ahli parti itu berhimpun di parlimen bagi menyokong RUU 355.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa