VIDEO l 6:48 minit
Anggota Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menemani isteri perdana menteri dalam lawatan ke Qatar menggunakan jet eksekutif swasta menjelaskan bahawa jemputan itu disampaikan kepada Datin Seri Rosmah Mansor atas kapasiti peribadinya dan bukan sebagai wakil kerajaan.

"Jemputan itu dibuat bukan atas dasar kerajaan tetapi atas dasar peribadi," jelas Azalina sewaktu membahaskan Belanjawan 2014 bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah petang tadi.

Bagaimanapun, tegas Azalina, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet yang meluluskan penggunaan jet peribadi untuk perjalanan itu dan bukan suami Rosmah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.