Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 6, 2013

Buat laporan kepada FAM: Hodak Tak Payah Buang Masalah!

Nak buat laporan kepada satu kumpulan manusia yang tidak pernah rasa lemah dan melakukan sebarang kesilapan adalah satu perbuatan atau usaha yang sia-sia dan buang masa
Nasib-nasib sipelapor pula yang kena hukum!
Kalah dah pun kalah
Terima jerlah apa yang ditakdirkan......

Hodak mungkin buat laporan
BOJAN Hodak bersalaman dengan penyokong Kelantan yang menunggu kepulangan mereka di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, semalam

Tidak puas hati mutu pengadilan final Piala Malaysia, kelmarin

Shah Alam: Pengendali Kelantan, Bojan Hodak mungkin membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung mutu pengadilan final Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. 

Apa pun, pengendali berasal dari Croatia itu akan meneliti terlebih dulu rakaman perlawanan yang menyaksikan anak buahnya gagal mempertahankan kejuaraan selepas Matias Conti menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-58 untuk membantu Pahang menamatkan kemarau 21 tahun memenangi piala berprestij di negara ini. 

“Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil, tetapi saya harap mereka yang berkenaan di dalam FAM dapat menilai dengan teliti sama ada pengadilan malam ini (kelmarin) mempengaruhi perlawanan atau tidak. 

Kekasaran ke atas Nwakaeme 

“Ketika di babak kedua, penjaga garisan mengangkat bendera kerana berlaku kekasaran, tetapi pengadil pertama tidak mempedulikannya. Ini apa yang saya lihat dari tepi padang, saya perlu meneliti semula rakaman perlawanan, jika benar saya akan menulis bantahan kepada FAM.” kata Hodak dalam sidang akhbar selepas perlawanan. 

Selepas tamat babak pertama juga Hodak dilihat sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengadil dan berlaku sedikit ketegangan ketika masing-masing menuju ke bilik persalinan. 

Ia berpunca daripada kekasaran ke atas Dickson Nwakaeme berhampiran kotak penalti pada minit ke-25, di mana pengadil Nagor Amir Noor Mohamed yang sebelumnya mengarahkan sepakan penalti diambil, menukar keputusannya kepada sepakan percuma selepas berbincang dengan penjaga garisan. 

Namun rakaman perlawanan menunjukkan Nwakaeme dijatuhkan betul-betul di luar kotak. 

Belum tentukan hala tuju 

“Tahniah kepada Dollah dan Pahang. Mereka (Pahang) bernasib baik di peringkat kumpulan dan kemudian bangkit sehingga menjuarai kejohanan ini. Ini adalah perlawanan terakhir saya dan saya gembira dengan apa yang dicapai sepanjang dua tahun bersama Kelantan” katanya. 

Ketika ditanya hala tujunya selepas ini, Hodak berkata beliau belum membuat sebarang keputusan walaupun ada menerima beberapa tawaran.

1 comment:

  1. tan sri anuar musa jual perlawanan? tak nak lapor ke? inilah permainan wayang kulit... bukan bolasepak. KECHONG/CURANG kepada seluruh prnyokong TRW,hatta kerajaan negeri kelantan pun kena jugak!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa