Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 27, 2013

Isu AG: Zahid Kata Tak Siasat Sebab Tiada Laporan Polis!

Akuan bersumpah bukan laporan polis, jadi tiada siasatan, kata Menteri Dalam Negeri
OLEH LEE SHI-IAN
NOVEMBER 27, 2013
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini berkata akuan bersumpah yang dibuat oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim bukanlah laporan polis, oleh itu tiada siasatan diperlukan mengenai dakwaan dalam akuan berkenaan.

Mat Zain telah mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lalu mendakwa bahawa beliau telah menyerahkan satu salinan akuan bersumpah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Akuan berkenaan mengandungi dakwaan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengenai kes Pulau Batu Puteh .

Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk menyiasat jika laporan polis dibuat ke atas isu itu. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa akuan itu tidak dilampirkan dengan laporan polis yang menyebabkan tiada kertas siasatan dibuka.

Pingat itu telah diberikan sebagai penghormatan kepada perkhidmatan mereka dalam Ops Daulat di Lahad Datu, semasa pencerobohan tentera bersenjata Sulu.Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita di pusat latihan polis berikutan pemberian Pingat Kedaulatan Negara kepada pegawai dan kakitangan daripada Cawangan Khas.

Beliau juga mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk mewujudkan Pingat Jasa Pahlawan Negara untuk menghargai usaha anggota polis yang berkhidmat semasa darurat.
Ahmad Zahid berkata, setakat ini sejumlah 112,000 anggota polis bersara atau waris mereka telah mendaftar untuk pingat berkenaan.
Dalam akuan bersumpah berjumlah 31 muka surat, Mat Zain mendakwa beratus-ratus juta ringgit telah bertukar tangan dan didepositkan ke dalam akaun bank di Hong Kong ekoran kes Pulau Batu Puteh yang memperlihatkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berpihak kepada Singapura.
Mat Zain mendakwa Abdul Gani sengaja mengabaikan kes berkenaan dan menggesa pihak berkuasa menyiasat sebab sebenar Malaysia kehilangan pulau itu kepada Singapura di samping menegaskan ia adalah suatu perkara melibatkan kedaulatan negara.
Beliau turut membidas Najib kerana terus menutup mulut berkenaan akuan bersumpah itu semasa pemilihan Umno bulan lepas kerana keadaan mungkin akan berbeza sekiranya ahli-ahli Umno mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di belakang tabir selama ini. – 27 November, 2013

1 comment:

  1. Come on Datuk Mat Zain, sila buat laporan polis dan kemukakan semula untuk tindakan. Sama2 kita tunggu helah apa lagi akan diberikan oleh sijawa ni, tentunya ada alasannya nanti. Dia mesti cuba cover punya!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa