Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 23, 2013

Patut Ler Ramai Yang Besar Kepala Dan Besar Mulut

Ooo.....rupanya korang sudah cukup kuat
Itu sebab kerusi yang menang di PRU13 merosot
Sama DAP mau gaduh
Dengan PKR juga tak mau bertolak ansur

Simptom “perasan kuat” faktor Pemuda PAS tidak lihat realiti sebenar, kata pemerhati
OLEH MD IZWAN
NOVEMBER 22, 2013
Dewan Pemuda PAS mengalami simptom "perasan kuat" mengakibatkan platform muktamar semalam digunakan untuk menghentam kerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, kata pemerhati.

Pemerhati melihat Muktamar Dewan Pemuda PAS sebagai sesuatu yang sia-sia kerana tidak digunakan sebaik mungkin untuk melakukan post-mortem pengukuhan parti, tetapi lebihnya menjadi medan untuk mengkritik rakan komponen PR lain.
"Saya rasa mereka ini dah perasan kuat, mereka dilanda 'simpton perasan kuat'.
Usul semalam yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS untuk mengkaji kerjasama dalam PR menurut pemerhati tersebut adalah suatu yang tidak masuk akal dan tidak bijak, ketika prestasi dan kredibiliti sayap generasi Y dalam parti Islam tersebut masih lagi jauh belakang berbanding PKR dan DAP."Mereka tidak lagi melihat kepada realiti, realiti politik. Adakah mereka berkeyakinan untuk menjadi parti tunggal tanpa bekerjasama dengan PR?" soal pemerhati daripada Universiti Malaya (UM) yang enggan namanya didedahkan apabila diminta mengulas tentang beberapa kenyataan kontroversi semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam.
"Adakah mereka berbangga dengan hasil pemimpin muda daripada Pemuda PAS yang dilahirkan?
"Adakah dua pemimpin daripada Pemuda PAS tersebut mempunyai nilai tambah kepada Pakatan Rakyat di Parlimen?" soal pemerhati tersebut yang merujuk kepada bekas ketua dan timbalan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Prestasi calon pemuda PAS semasa pilihan raya umum ke-13 menjadi ukuran, apabila sekadar menang lima kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada sejumlah 19 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN yang ditandingi.
Pemuda PAS juga digesa supaya melihat realiti sebenar dan memahami politik negara, bukan semata-mata bergantung kepada tarbiah ataupun ideologi parti mereka kerana ia tidak akan membawa mereka sampai ke peringkat tertinggi.
Ditengah kekalutan dan cakap berdegar-degar kritikan terhadap rakan mereka dalam PR, mujurlah perwakilan daripada Johor semalam menggesa supaya pemimpin pemuda berfikir sebagai seorang anak muda untuk menjadi "cool".
"Pemuda PAS perlukan keseimbangan, antara tarbiah dan realiti politik semasa," kata pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang hadir sebagai pemerhati pada muktamar kali ini.
Pemimpin AMK yang turut tidak mahu namanya dikenali berkata, Pemuda PAS sewajarnya menerokai pembaharuan Islam baru serta mempelopori idea-idea baru, bukan sekadar masih lagi dengan dogmatik lama.
"Politik berubah-ubah, idea-idea baru politik Islam juga banyak.
"Perubahan dan pembaharuan juga diperlukan seiring dengan rentak semasa, ini yang Pemuda PAS sepatutnya terokai. Bukan lagi sekadar masih bergantung kepada idea-idea lama," katanya lagi.
Sememangnya pemerhati menanti usul berbentuk transformasi untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat yang bermula hari ini, bagaimanapun harapan tersebut tinggal harapan apabila usul kitar semula sama seperti dikemukakan oleh Dewan Ulama yang diluluskan.
Pemerhati tidak melihat wujudnya sebarang idea ataupun strategi mapan yang dibawa oleh Pemuda PAS semalam.
"Adakah dengan usul tersebut mereka rasakan selepas ini Pemuda PAS akan mampu berdiri setinggi dengan pemimpin muda PKR ataupun DAP?
"Adakah Pemuda PAS mampu mengeluarkan sebuah polisi dan dasar negara dalam kerangka masyarakat majmuk negara?" soal pemerhati daripada UM lagi.
Bekas Ketua Pemuda PAS Nasrudin sendiri mengakui PAS perlu mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang semasa ucapan pembukaan.
Keputusan pemilihan semalam menyaksikan kumpulan anak muda pro-ulama memenangi hampir keseluruhan jawatan yang disandang, kecuali bekas Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dari golongan professional yang dipilih menjadi Ketua Pemuda PAS manakala anak Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdul Hadi dipilih sebagai timbalan.
Dalam pada itu, pemimpin muda DAP Zairil Khir Johari mengambil pendirian menggesa supaya semua parti dalam PR mengenepikan ideologi dan fahaman demi memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia.
"PR adalah gabungan politik yang memberi harapan baru kepada rakyat, sebelum PR dibentuk pada tahun 2008, tiada siapa yang dapat bayangkan pemerintahan bermaharajalela BN (Barisan Nasional) boleh dibendung.
"Walaupun ideologi ketiga-tiga parti memberi persepsi tidak bersehaluan, hakikatnya kerjasama antara tiga parti sejak 2008 membuktikan keutuhan politik ini kerana kami semua bersehaluan dalam hal pendemokrasian, kebajikan dan ekonomi yang manfaatkan rakyat," kata beliau.
Zairil mengingatkan semua pihak dalam PR agar mengelak daripada permainan jahat BN dan menjauhi isu perkauman.
"Yang penting, kita harus elak daripada permainan jahat BN yang akan sentiasa mengipas sentimen perkauan dan agama untuk memecah-belahkan PR," tegasnya lagi.
Muktamar ke-59 bermula secara rasminya hari ini menjadi medan kepada PAS untuk memikirkan masa depan mereka.
Pilihan Raya 2013 pula menyaksikan PR menambah bilangan kerusi di Dewan Rakyat apabila mendapat 89 kerusi (DAP 38, PKR 30, PAS 21).
PAS hilang tiga kerusi Parlimen ekoran kekalahan di Kedah yang mereka kuasai akibat daripada perpecahan dalaman parti Islam itu. – 22 November 2013.

3 comments:

  1. go PEMUDA PAS go... tanpa anda... yang lain hanya menceceh saja. Anda berhak perasan kuat drp org sebelah tu yang selalu BERPERASAAN kuat... semua tempat dia nak w/pun dia hanya sebatang kara... duit, kerja, sokongan, undi semua kita support. Jadi biarlah sesekali kita perasan kuat DAN MEMANG ANDA TELAH TERBUKTI KUAT

    paparock

    ReplyDelete
  2. balik2 di takok lamalah jawabnya kalu pas sendirian,ini jarum umno nampak mcm nak berjaya ...bagi aku kita kuburkan umno dulu yg lain tu cerita kemudian,takan itu pun tak reti,kalu dikata kita bodoh,marah.yg sebenarnya BANGANG..

    ReplyDelete
  3. Pemuda PaS jgnlah syok sendiri. Bykn muhasabah diri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa