Selamatkah kita?
PM mesti siasat bertindak serta merta - ini bukan perkara ringan
Dr Mahathir sasar Gani Patail, dakwa agen CIA di pejabat Peguam Negara
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.
Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani.
Sehubungan itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu.Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang.
Hari ini, Malaysiakini mendedahkan, Dr Mahathir melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis terhadap kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya.
Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.
Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya di Country Height. Turut serta adalah bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Matthias Chang.
Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Gani bermula daripada kes mata lebam Anwar lagi.
Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa. Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.
Selepas pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya adalah dakwaan salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.
Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Turut dihantar salinan Akuan Bersumpah itu adalah Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin. – 6 November, 2013. - sumber
pelik mcmana mahathir tahu sedangkan perisikan malaysia tak tahu..? takkan cia kantoi...? mcm dlm filem lah kot..cari kambing hitam tak pon bunuh diri...dua orang pulak tu..jgn jgn mahathir agen cia...aku ada terbaca dlm internet mahathir pernah belajar dgn agensi perisikan cia...pening pening
ReplyDeletedalam hal ini, 1 perkara yang menjadi tandatanya ialah SALAH LAKU AG DALAM KES MUKA LEBAM DSAI, apakah maksud salahlaku disini? Adakah kes muka lebam itu bukan dari kesan tumbukan pihak polis? Gani patail mungkin dah nampak nak kena pecat, apa pun harap Gani patail akan serahkan segala maklumat penjualan my kad di sabah dengan kaitan nama Tun Mahatir, kalau Tun Mahatir boleh pekena Gani patail,tiada sebab gani patail lindungi lagi semua salahlaku menteri dan bekas2 menteri yang memusnahkan negara kita,..harap gani patail tak jadi kambing korban ahli politik dgn percuma....Insya Allah
ReplyDeletesama sama lah kita berdoa agar gani patail mendedahkan sesuatu kepada umum...kena cepat takut gani sakit jantung plak
ReplyDeletemahathir sudah hampir berdolak dalih..siapa sumber mahathir yg beritahu hal kemasukan agen cia di jabatan peguam negara..?
ReplyDelete