Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 28, 2013

Tarik Tali FAM-KBS: Apakah Pengakhiranya?

Artikel 22 AFC kata tak boleh
Oleh Helmi Talkah
Kuala Lumpur: Biarpun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkeras mempertahankan pelantikan Tan Sri Annuar Musa menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara, hakikatnya ia tidak selari dengan peraturan ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ini kerana menurut Artikel 22 Kod Disiplin AFC berkaitan individu yang menjalani penggantungan, seseorang itu mungkin akan dilarang daripada terbabit dengan sebarang aktiviti berkaitan bola sepak merangkumi pentadbiran, sukan dan lain-lain. 

Bagaimanapun, pengumuman rasmi sama ada Annuar dibolehkan atau tidak menganggotai jawatankuasa itu hanya akan diketahui sehari dua lagi selepas AFC menyerahkan keputusannya kepada FAM. 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu jawapan daripada AFC dan selepas menerimanya beliau akan membuat sidang akhbar untuk mengumumkannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata keputusan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melantik Annuar menganggotai jawatankuasa itu adalah haknya sebagai menteri.

“Saya tiada apa-apa untuk komen, lebih baik saya diam saja. Itu hak beliau sebagai menteri untuk melantik anggota dalam jawatankuasa itu.

1 comment:

  1. Siapakah yg memulakan semua kemelut ini KBS atau FAM? KBS mentadbir semua acara sukan sedangkan FAM hanya mentadbir sukan bolasepak. Mengeruhkan lagi keadaan pd masa bercita2 meningkatkan mutu sukan bolasepak, adalah nyata menongkah arus.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa