Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 13, 2013

Woww...Banyak Tuu!

Jumlah sebanyak itu digunakan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat bukankah lebih afdhal?
Kini rakyat hidup dengan makan ubi pun ada
Berlindung dibangsal yang atapnya berlubang pun masih ramai
Yang sakit tetapi tak berkemampuan beli ubat pun ramai
Kenapa ditimbunkan kepada yang dah kaya tetapi manafaatnya untuk rakyat belum tentu?

RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaan
OLEH MD IZWAN
NOVEMBER 13, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 13, 2013 12:25 PM

Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen (gambar), berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum.
"Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.
Wong Chen berkata, jumlah perbelanjaan tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebahagian hasil  yang dijana daripada cukai pendapatan tahunan rakyat.Dalam kertas jawapan bertulis, Putrajaya membayar perunding swasta sebanyak RM1.2 bilion pada 2009, RM1.6 bilion pada 2010, RM1.7 bilion pada 2011, RM1.8 bilion pada 2012 dan RM721 juta sehingga Oktober 2013. - 13 November 2013.
"Jumlah ini boleh diurai sebagai RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari.
"Daripada angka ini, kita dapat lihat perbelanjaan ke atas syarikat perundingan swasta meningkat pada kadar purata  13.5%s setiap tahun, ini adalah dua kali ganda kadar pertumbuhan KDNK Malaysia," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan mengambil sikap telus dalam perkara ini serta mendedahkan semua butiran  daripada pembayaran kepada perunding swasta tersebut.
"Lebih banyak ketelusan diperlukan.
"Kami menyeru semua kementerian mendedahkan secara sepenuhnya jumlah yang dibelanjakan untuk syarikat  perunding swasta dan nama syarikat perunding terbabit," katanya.
Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung, berkata pendedahan itu menimbulkan persoalan mengenai peranan penjawat awam yang terdiri  seramai 1.42 juta ketika kerajaan berbelanja besar membayar perunding swasta.
"Isunya di sini ialah pengabaian peranan penjawat awam dalam kerajaan sedangkan kita mempunyai lebih sejuta penjawat awam.
"Perkara ini sangat membimbangkan, kami desak kerajaan beri penjelasan.
"Kami mahu butiran, nama perunding dan berapa banyak yang dibelanjakan,” katanya pada sidang media sama.

Isu perlantikan perunding luar bukan kali pertama dibangkitkan oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kerana DAP turut mempersoalkan  tindakan Kementerian Pendidikan melantik tiga perunding luar negara berjumlah RM268.5 juta bagi tempoh tiga tahun untuk  meningkatkan bilangan guru bahasa Inggeris tempatan sedangkan terdapat cara yang lebih murah untuk menangani masalah itu. - 13  November 2013.

1 comment:

  1. Pakar tempatan sebutan orang Melaka bunyinya pakau. Itulah fasalnya kontrak pembelian gula yg dibuat menjadikan harganya lebih tinggi drp harga pasaran dunia. Ambil pakar luar kosnya tinggi juga. Akhirnya ambil pakau ke ataupun pakar rakyat jadi mangsa puak tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa