Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 6, 2012

Bengong nyeer la weh!


PERKASA: Anwar perlu berdebat dengan Nalla
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berdebat dengan Datuk S Nallakaruppan mengenai kenyataan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan seorang biseksual menjadi perdana menteri atau Ketua Pembangkang.
    
Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kasim berkata sebagai seorang yang hebat berpidato, Anwar sepatutnya boleh berhujah dengan panjang lebar mengenai perkara itu dan bukannya bertindak menyaman Nallakaruppan.
    
"Saya juga hairan kenapa Anwar yang terkenal sebagai pakar 'spinning' (putarbelit) dan pakar untuk mengalihkan sesuatu isu, sampai terpaksa menyaman Datuk Nalla (Nallakaruppan) dan seolah-olahnya beliau begitu gelabah dan panik apabila Datuk Nalla menimbulkan isu tersebut.
    
"(Anwar) tidak seperti mana biasa apabila ada sahaja isu yang dikaitkan dengannya, beliau kelihatan tenang sahaja memberikan reaksinya secara bersahaja," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ruslan berkata Anwar juga sepatutnya meminta PAS dan DAP menyokong beliau dalam isu tersebut seperti mana isu-isu lain yang dikaitkan dengannya sebelum ini.
    
"Saya kira tindakan Anwar untuk meminta sokongan daripada PAS dan DAP itu lebih wajar beliau ambil berbanding tindakannya menyaman Datuk Nalla RM100 juta kerana ini akan membolehkan beliau menerangkan kepada rakyat mengapa beliau amat marah dengan kenyataan Datuk Nalla," katanya.


- Bernama

1 comment:

  1. x saman salah, saman pun salah..kesimpulannya ape pun dsai buat mmg akan kene kritik...so better wat pekak je dgn bdk2 kecik yg tgh kencing berdiri ni.bapak depa pun x berani berdebat ngan dsai, ni nk suh pakcik depa plak ganti?mmg kene bubuh je dgn dsai mcm mkn kacang goreng...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa