Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 6, 2012

Bidikan Tersasar, Hidung Sendiri Yang Berdarah!


Menjawab tulisan seorang machai upahan

Jarang saya hendak jawab tulisan blogger lain terhadap saya. Saya kena buat exception kali ini bila blogger yang rasa dirinya besar dari Jerantut ini mengeluarkan fitnah dan pembohongan. nak kata dia bangang, dia lulusan dari luar negara. Bertugas sebagai pendidik pulak.

Hari itu dia sudah pun mengeluarkan suatu pendapat yang bengap. Saya di katakan tidak tahu berpolitik disebabkan kerana nenek moyang saya menetap di sebelah tebing sungai yang di anggap tebing yang tidak betul. Perkara bodoh itu sudah pun di jawab oleh blogger lain.
Saya nasihatkan wan zuri ini kalau tak tahu cerita sebenar, jangan buka mulut. Kalau tidak, seperti kata orang Inggeris, what normally comes out from the rear end,comes out from the mouth.

Saya berani mengkritik Dato Najib kerana saya merasakan tidak makan dari tapak tangan nya. Sebagai orang Melayu saya pun faham konsep dan idea mengenang budi. Saya jadi wakil rakyat seperti yang di perakui oleh Najib sendiri sebagai membalas khidmat saya sebagai ketua penerangan. Tidak ada ketua penerangan sebelum dan sesudah saya yang melakukan 3 program seminggu. Sepanjang saya menjadi ketua penerangan UMNO Pekan, saya telah melaksanakan 154 program penerangan. Jadi, Wan Zuri tidak perlu berkhutbah kepada saya bagaimana cara saya mengucapkan terima kasih. Saya mendahului terima kasih saya dengan melakukan kerja sesungguh hati. Boleh kita kata sedimikian kepada AJK UMNO Bahagian hari ini?

Wan zuri tahu perbualan saya dengan Dato Najib? Mengenai budi peribadi nya kepada saya, saya mengucapkan terima kasih.itu Dato Najib lah yang tahu. Selain dari itu saya tidak pernah mendapat apa apa projek dari Dato Najib yang boleh mengecap saya sebagai tidak kenang budi.

Tulisan wan zuri banyak mengandungi pembohongan dan dusta. Saya di lantik sebagai pegawai khas ekonomi kepada YAB Menteri Besar Pahang atas nama sahaja. Kecuali untuk beberapa bulan, saya tidak menerima apa apa bayaran dan saya tidak menuntut apa apa. Sebab saya sedar jawatan itu hanya ceremonial kerana MB menyedari saya di perlakukan secara tidak adil dan menjadi mangsa intrig politik UMNO.

Izinkan saya mendidik Wan Zuri.
Inilah kali pertama saya mendengar saya mendapat projek menambak sungai. Setahu saya kerja wave breaker di Sungai Pahang di lakukan oleh MRCB atau syarikat lain. Mungkin MRCB membeli batu kuari atau boulder rocks dari kuari saya. Tapi itu adalah keputusan komersial MRCB dan tidak ada kena mengenai dengan Dato Najib.

Mengenai kuari yang di katakan bernilai berjuta Ringgit- saya membeli kuari itu sebelum menjadi wakil rakyat. Faham? Dan  ia nya tidak ada kena mengena dengan Dato Najib. Kuari tersebut adalah milik PASDEC dan saya membeli nya pada harga RM 1.2 juta. Bayaran muka RM 100 ribu dan baki nya dibayar secara installments. Alatan dalam kuari itu memang bernilai berjuta Ringit –kesemua di beli oleh syarikat kami. Tidak kena mengena dengan orang lain.

Semasa menjadi wakil rakyat, rekod menunjukkan saya tidak pernah meminta tanah atau konsesi apa apa. Kerana saya berpegang kepada prinsip semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat adalah tidak etikal menggunakan kedudukan untuk meminta apa apa. Tidak seperti tuan dan penaung wan zuri yang memohon konsesi besi semasa bertugas sebagai wakil rakyat atau menggunakan nama Wan Zuri sendiri sebagai proksi. Semua orang mengatakan kereta yang wan zuri pakai hari ini adalah imbuhan bertugas kepaad ADUN Tahan.

Selepas tidak menjadi wakil rakyat, saya menender suatu kawasan hutan sudah kerja dari LKPP. Itu di perolehi pada harga pasaran dan tender nya terbuka. Tender tersebut di perolehi secara sahih dan bukan ikut pintu belakang dengan membayar harga bawah pasaran.

Kali akhir, selepas tidak jadi wakil rakyat, iaitu sebagai rakyat biasa saya telah memohon konsesi bijih besi. Kawasan ini sedang di usahakan. Mengenai sebab sebab saya berjaya mendapat kawasan tersebut adalah dalam bidang budi bicara Menteri Besar Pahang. Maka jika Wan Zuri tidak tahu fakta atau hanya bergantung kepada cerita dongeng lebih baik diam.

Tambahan pula, apa lah yang di gusarkan sangat mengenai kritikan saya? Saya seorang manusia kerdil. Najib mempunyai bala tentera yang ramai yang sanggup menjadi wira Najib seperti yang dilakukan oleh Wan Zuri sekarang.Wan Zuri pun kira kira blogger yang handal dan selalu bangga dengan keturunan.

Saya pun bangga dengan keturunan saya. Ketika tok nenek saya berparang, bertombak dan berlembing menegakkan yang hak, nenek moyang orang yang berkuasa hari ini, begundek dan berseloka dalam mahligai mereka.

Dan jika saya wakil rakyat sepenggal yang tidak punya rekod perkhidmatan yang baik, apalah sangat yang hendak di risaukan jika saya bertanding melawan mana mana calun BN? tentulah mudah saya di tewaskan bukan? Kalau boleh saya nak lawan Dato Najib di Parlimen Pekan. tapi sebab saya nak Dato Najib menang, saya tidak akan melakukan demikian. Lagi pun saya hendak Dato Najib menang supaya memasuki parlimen yang akan datang sebagai ketua pembangkang.

Yang lain lain, saya tidak perlu jawab.  Kepada Wan Zuri, kalau tidak tahu, you better shut the fuck up.
Sekian terima kasih.

Tulisan WZWH di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa