Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 12, 2012

Kah..Kah.. Anjing Pemburu Tak Kacau, Mana Nak Kecoh

PM Bidas Bersih, Umno Contoh Himpunan Aman
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Umno sebagai sebuah parti yang menghormati undang-undang berjaya menganjurkan perhimpunan raksaksa secara aman yang dihadiri lebih 100,000 ahli dan penyokong parti itu tanpa menimbulkan sebarang insiden kekecohan.
Menurut Presiden Umno itu, sesetengah pihak termasuk pembangkang sengaja mencetuskan huru-hara bagi menggambarkan kepada masyarakat luar kononnya Malaysia sebuah negara yang zalim dengan menganjurkan perhimpunan jalanan yang bertentangan dengan undang-undang.
"Mereka tolak tawaran kita untuk guna stadium sebagai tempat berhimpun kerana mereka nak merempuh, berbalah, tendang dan terajang pihak polis.
"Kalau tak ada pergeseran, tak keluarlah cerita dalam CNN, Al-Jazirah ataupun BBC. Mereka nak tunjuk kononnya kita kerajaan yang zalim. Mereka tidak hormati undang2 negara," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Jumaat.
Kenyataan Najib itu dilihat merujuk kepada perhimpunan haram Bersih 3.0 yang berakhir dengan insiden rusuhan di ibu negara pada 28 April lalu.
Tegas Najib lagi, Umno sebagai parti yang menjadi tonggak pembangunan negara bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak rela melihat tindakan sesetengah pihak yang didalangi pembangkang memburuk-burukkan negara.
"Bagaimana perasan polis yang dipukul, ada yang saya temui dipukul dengan kayu lisut. Inikah cara orang yang bertamadun, yang jaga imej Malaysia?
"Tapi Umno tidak sedemikian, jati diri kita ialah untuk hormati undang-undang negara, kerana negara inilah yang dimerdekan oleh Umno, dibangunkan oleh Umno dan negara inilah akan menjadi maju dan berjaya insyaAllah.
"Sebab itulah kita tak redha melihat apa-apa (keburukan) yang berlaku kepada negara kita. Biar apa yang mereka lakukan Umno akan jaga maruah dan imej negara kita ini," katanya.

1 comment:

  1. Anjing tak berani kacau sebab Tuan Besar dia ada kat situ.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa