Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 11, 2012

Dah Tak Ada Otak. Macam Mana Nak Pakai Otak?

Keling memalukan Melayu
Guna otak atau dikebumikan, kata PAS pada PERKASA
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam tindakan PERKASA mengadakan upacara pengebumian simbolik di hadapan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam.

Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata PERKASA sepatutnya mempertahankan hak-hak Melayu tetapi tindakan ahli-ahlinya itu tidak mencerminkan budaya atau kesopanan masyarakat tersebut.

NONEAfnan berkata tindakan PERKASA itu telah 'dinyalakan api perkauman'
yang bertentangan dengan semangat perlembagaan persekutuan dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Oleh itu, kata beliau, pihaknya ingin menasihatkan ahli PERKASA supaya menggunakan otak dan bertindak secara rasional bagi mencerminkan identiti dan tingkah laku Melayu Muslim yang sebenarnya.

Jika tidak, tambahnya, PERKASA akan dikebumikan oleh rakyat.

Afnan merujuk kepada tindakan kira-kira 30 ahli PERKASA yang muncul di rumah Lim di Jalan Pinhorn dan di pejabat kerajaan negeri di Komtar untuk membantah kepimpinan Lim di Pulau Pinang sejak 2008.

Mereka mengadakan "upacara pengebumian" di depan rumah Lim sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa