Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 11, 2012

Mampos Kerajaan Takkan Setuju Bantahan Dan Cadangan Ini

BERSIH tolak panel 'tak berkuasa' Hanif
BERSIH hari ini menolak pembentukan panel bebas bagi menyiasat dakwaan berlaku keganasan sewaktu perhimpunan menuntut reformasi sistem pilihan raya anjurannya pada 28 April lalu.

Ia ekoran kerajaan tidak menyatakan undang-undang yang akan digunakan untuk menubuhkan dan memastikan panel itu berjalan, kata gabungan 84 NGO itu dalam kenyataan hari ini.

NONE"Jika ia tidak ditubuhkan bawah mana-mana undang-undang sedia ada yang berhubungan dengan suruhanjaya siasatan, panel tidak mempunyai kuasa memanggil saksi, mempertahankan dokumen dan maklumat yang dikemukakan, serta tiada kuasa memberi kekebalan kepada pemberi keterangan, " kata BERSIH.

Menurut BERSIH, tanpa perlindungan terhadap saksi, mangsa keganasan polis yang tampil menghadapi risiko saman fitnah sekiranya bukti tidak diterima oleh panel.

Gabungan itu berpendapat, panel itu sepatutnya diketuai oleh wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Frank La Rue dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Semak rekod saya dulu, kata Hanif pada pengkritiknya
Bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar meminta agar pihak yang mengkritik serta meragui integritinya untuk mengetuai panel penasihat bebas mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 supaya melihat kembali rekod lama semasa menganggotai jawatankuasa menyiasat kes kematian remaja Aminulrasyid Amzah.


NONEHanif merupakan salah seorang daripada lapan anggota panel yang menyiasat insiden polis menembak mati Aminulrasyhid, 14, pada tahun 2010.


"Kalau mereka berasa bimbang akan berlaku ketidaksaksamaan, mereka boleh bertanya sendiri kepada ahli-ahli panel terbabit sama ada saya berat sebelah ketika itu,” katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian.


Hanif berkata, persepsi yang sama turut berlaku terhadapnya apabila beliau dilantik menganggotai Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi PDRM pada tahun 2004/5.


Bagaimanapun, beliau berharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan untuk mengetuai panel tersebut.


"Selepas bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, saya telah diberitahu oleh ketua setiausaha bahawa menteri (Hishammuddin Tun Hussein) akan memanggil saya tidak lama lagi untuk terma-terma rujukan pada hari tersebut," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa