Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 15, 2012

Masih Ada Yang Rasional Di Kalangan Yang Mabuk....!

Bacalah dua kenyataan di bawah. 
Aku nampak dari dulu lagi yang dia ni lebih rasional dari yang kebanyakannya berfikir dengan kepala lutut. 

Sebaliknya kenyataan manusia penjilat dan sudah berubah menggunakan lutut untuk berfikir pula bacalah di link di bawah 

'Saya bukan sokong Soros atau Suaram'

Timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan bahawa beliau tidak menyokong jutawan George Soros mahupun Suaram melalui kenyataannya minggu lalu bahawa serangan BN ke atas Soros berpotensi memakan diri sendiri.

Laporan Sinar Harian menyebut, Saifuddin menjelaskan bahawa kenyataannya itu dibuat dalam perspektif politik baru yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan.

"Saya bukan sokong Soros atau Suaram. Politik kita terlalu adversarial (bertentangan) sehingga menimbulkan permusuhan sesama sendiri," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Menurut laporan itu lagi, Saifuddin menjelaskan bahawa BN perlu mendapat sokongan golongan pertengahan yang terdiri daripada pengundi muda, kelas pertengahan dan profesional.

"Menurut kajian, 30 peratus daripada pengundi menilai dari segi artikulasi idea dan dasar, tidak minat serangan politik yang keterlaluan.

"Mereka faham politik ada bidasan dan serangan, tapi mereka tak suka bila ia keterlaluan seperti serangan peribadi dan menghukum di khalayak sebelum didapati bersalah secara perundangan," katanya.

Beliau menjelaskan pandangannya pada Khamis lalu, seperti dilaporkan  Malaysiakini, bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas George Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak.

Atas dasar itulah, katanya, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut, katanya.

Kenyataannya itu menerima pelbagai kritikan daripada pemimpin anti-Pakatan Rakyat, seperti MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin yang menuntut supaya ahli majlis tertinggi Umno itu meletak jawatan.

Dalam laporan akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia semalam, Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

Turut dibariskan dalam laporan untuk menyelar Saifuddin itu ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah.

Hari ini, bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan Muhammad Zahid Mat Arip pula, menurut Sinar Harian, berkata kenyataan Saifuddin itu menunjukkan timbalan tersebut seolah-olah menyokong Suaram yang didakwa menerima dana dari Soros.

Katanya lagi, Saifuddin berbuat demikian "demi kepentingan politik peribadi" kerana mungkin tidak akan dibariskan dalam kabinet BN lagi sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13. - sumber


Sibanghal yang terang-terang bangangnya di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa