Rafizi: Saman NFC tak jamin
dapat balik RM250 juta
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, tindakan undang-undang sivil dalam isu Nasional Fidlot Corporation (NFC) tidak akan menjamin dana awam RM250 yang dibelanjakan kerajaan dapat dikutip sepenuhnya.
Katanya, ini ekoran tindakan undang-undang hanya melibatkan NFC dan bukan Projek Fidlot Nasional kerana dakwaan penyelewengan dibuat terhadap apa yang berlaku dalam syarikat milik anggota keluarga bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil itu."PKR menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya...," katanya.
Rafizi juga berkata, PKR sejak awal mengesyorkan kerajaan mengenakan 'jaminan peribadi' terhadap Shahrizat dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah yang didakwa dibeli melalui syarikat mereka tetapi menggunakan dana NFC) disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta itu.
Kerajaan hari ini dilapor mengambil beberapa langkah dalam mengkaji semula hala tuju Pusat Fidlot Nasional di samping mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan kepada NFC.
Menurut laporan Ketua Audit Negara 2011, kerajaan turut mengkaji kemungkinan mengambil tindakan sivil terhadap NFC untuk mendapatkan semula pinjaman yang diberikan.
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, jika kerajaan berjaya sekali pun dalam saman sivilnya, NFC boleh sahaja diisytiharkan muflis dan tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.
Justeru, katanya, Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya mengambil tindakan bawah Akta Anti Pengubahan Wang (AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset terlibat boleh dibekukan dan disita. - sumber

K'jaan timbang tindakan sivil ke atas NFCorp
Kerajaan menimbang untuk mengambil tindakan sivil ke atas National Feedlot Corporation (NFCorp) dan juga bagi mengutip semula pinjaman yang diberikan kepada syarikat tersebut.
Laporan Ketua Audit Negara menyebut, tindakan berkenaan bagaimanapun masih berada dalam kajian kementerian kewangan, kementerian pertanian dan jabatan peguam negara.
Syarikat berkenaan menerima pinjaman mudah RM250 dari kerajaan bagi menjalankan projek tersebut.
Laporan itu juga menyebut, kementerian kewangan dan jabatan peguam negara masih mengadakan perbincangan untuk meneliti hala tuju projek fidlot tersebut bagi pertimbangan selanjutnya.
Laporan itu, yang dibentangkan di Parlimen semalam, seterusnya menyenaraikan isu yang masih berbangkit berhubung projek berkenaan:
- Entrepreneur Development Programme belum dilaksanakan oleh NFCorp untuk melahirkan 130 pengusaha ladang satelit dan draf Standard Operating Procedure (SOP) bagi program tersebut masih belum dimuktamadkan.
- Pembayaran baki geran berjumlah RM6.48 juta ditangguhkan sehingga Kajian Viability and Business Model Project yang disiapkan pada 5 April 2011 dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan.
- Obligasi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani membangunkan abattoir berkapasiti sembelihan 350 ekor sehari ditangguhkan sehingga Kajian Viability and Business Model Project dijalankan.
- Obligasi NFCorp yang dinyatakan dalam Perjanjian Pelaksanaan untuk membina kilang makanan ternakan dan kilang bio-gas masih belum dilaksanakan.
- Kawasan seluas 500 ekar serta kemudahan infrastruktur yang dibina di kawasan yang ditawarkan kepada Lamberts masih belum digunakan.
- Kemudahan infrastruktur seperti kolam takungan, jalan masuk, pagar berangkai dan jalan perimeter tidak disenggarakan dengan memuaskan oleh NFCorp dan kementerian.
Perbicaraan bagi kes tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditetapkan pada 5 November.
Pada 12 Mac, Mohamad Salleh, 64, didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.
Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 November 2009.
Beliau menghadapi kemungkinan penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 409 akta Syarikat 1965.
Mohamad Salleh juga didakwa di bawah Seksyen 132(2)(a) akta yang sama kerana menggunakan aset syarikat untuk membiayai sebahagian pembelian kondominium itu tanpa kelulusan syarikat. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa