Atau SPRM yang memang tidak cekap?
Atau buat-buat tidak cekap?
Atau SPRM memang tak buat kerja?
Atau hanya jenaka yang memang celaka?
SPRM lepaskan Musa Aman?
15 October 2012
KUALALUMPUR, 15 OKTOBER: SPRM dibidas kerana mengambil masa lebih dari empat tahun bagi menyiasat pengubahan wang secara haram bernilai RM40 juta yang kemudiannya didakwa bukan untuk Ketua Menteri Sabah Musa Aman, tetapi UMNO negeri itu.
Pun begitu, hasil siasatan SPRM tersebut bertentangan dengan laporan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) yang melaporkan bahawa wang RM40 juta itu sebenarnya untuk Musa.
Malah menurut ICAC, ia juga sebahagian daripada dana yang lebih besar yang telah didepositkan ke dalam akaun bank Swiss melibatkan amaun US$30 juta yang dikatakan dipegang oleh seorang peguam mewakili Ketua Menteri Sabah.
Dengan bebasnya Musa dari “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” oleh SPRM, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya berkata, keputusan agensi pencegah rasuah berkenaan telah menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.
“Mengapa SPRM menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan apabila “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dan kenapa SPRM mengambil masa lebih daripada empat tahun untuk menemui bahawa tiada kes rasuah terhadap Musa Aman?” soalnya.
Lebih menimbulkan tanda-tanya jelas Kit Siang ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri enggan mendedahkan identiti penderma RM40 juta dana hasil pengubahan wang haram yang diseludup.
“Adalah menyedihkan apabila SPRM yang baru sahaja menjadi tuan rumah Persidangan ke-6 dan Mesyuarat Agung Persatuan Pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa telah membiarkan dirinya diperbodoh di peringkat antarabangsa,
“Sekiranya (kes sebegini berlaku) di negara lain, ketua agensi anti-rasuah mereka akan meletakkan jawatan sebagai protes kerana dihina dan dimalukan sedemikian rupa.” Kata beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.
Menyifatkan kes ini sebagai “kegagalan dahsyat” SPRM, Kit Siang melontarkan persoalan samada adakah SPRM boleh pulih dari menjadi salah satu agensi anti-rasuah paling tidak cekap di dunia. - sumber

inilah pembohongan paling dahsyat pembangkang.. ICAC tidak pernah cakap bahawa wang itu milik musa aman.. Micheal Chia yang guna nama musa aman untuk lari dari tuduhan itu..
ReplyDeleteicac tak ada ambil tindakan pd musa aman..ini bermakna musa mmg tk bersalah.
ReplyDeletefakta yang sebenar, hasil siasatan sprm sama dengan hasil siasatan icac.. sebab itu tidak ada tindakan susulan dari icac.. bengap punya pembangkang..
ReplyDeletesaya pun heran juga, kenapa sprm tidak siasat kemewahan pemimpin2 pakatan.. kehulu kehilir minta derma dari rakyat konon untuk tabung tin milo pakatan, tapi pergi sabah naik jet eksekutif plak.. siap minta dijadikan pengangkutan rasmi pakatan.. belum masuk bas dua tingkat, treler, banglo rm6 juta.. pergh! mewah pakatan..
ReplyDeletejika ada yang cakap bahawa kemewahan pemimpin2 pakatan itu adalah percuma, itu tandanya orang itu gila, nyanyuk macam Lim Kit Sialang..
ReplyDeleteHeadhunter
ReplyDeleteSudahkah saudara semak dengan adil dan baca laporannya?
Kalau Pemimpin Pakatan yang jahat, saya pun sokong di siasat. Nampaknya setakat ini SPRM dah siasat beberapa individu. Saudara tak tahukah?
Yang pasti kalau mana-mana individu di dalam PR bermasalah, SPRM tak perlu terima repot, tanpa repot pun sepantas kilat SPRM akan bergegas.
Saya yakin sekiranya mana-mana pemimpin PR di dapati ada kes akan didakwa dengan cepatnya dan pastinya sudah berada di belakang jeriji besi!
Pmbangkang akn melakukan apa shaja utk meraih perhatian dpd rakyat
ReplyDelete