Baik di dalam DAP sendiri maupun Pakatan Rakyat.
Atau adakah dia juga ada backup di kalangan Pimpinan DAP sebagaimana Nasha di kalangan Pimpinan PAS?
Walau apa pun kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua manusia ini adalah amat digemari oleh UMNO dan BN @ Syaitan yang dikenali kata 'Mursyidul Am' UMNO kerana menabur peluru untuk digunakan oleh BN/UMNO menembak PR
Kenyataannya pula dilaporkan oleh Utusan Malaysia....
Bagus..... tahniah untuk Lee dan Nasha!
Syabas untuk Harun Din dan Harun Taib!
Dan apakah ucapan untuk Shahnon?
DAP Kedah bantah panduan papan iklan sopan
Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata parti itu tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung, seperti yang dilaksanakan di Kelantan.
Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, Lee berkata DAP Kedah akan menentang undang-undang berunsur Islam itu sekiranya dilaksanakan PAS di negeri tersebut.
"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Kenyatannya itu bagi mengulas garis panduan pemasangan papan iklan seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Mat Noh – berhubung penggunaan bahasa, lanskap dan pakaian model iklan.
Menurut laporan akhbar milik Umno itu lagi, garis panduan tersebut antara lainnya menekankan bahawa model tersebut tidak boleh berpakaian mencolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam.
Lee juga berkata, kenyataan Mat Noh itu hanya pendirian peribadi kerana garis panduan tersebut didakwa bercanggah dengan Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992.
Malah, DAP Kedah juga akan mengambil tindakan ke atas ahli majlisnya dalam MPKS yang mengenepikan kepentingan parti tersebut dalam pelaksanaan garis panduan itu, katanya.
"(Ahli majlis DAP) perlu tahu apa yang patut atau tidak patut disokong," katanya yang menambah MPKS tidak akan daapat menggubal atau mewartakan apa-apa peraturan tanpa persetujuan ahli majlis tersebut. - mk

itu le, Tok dah banyak kali kate DAP tu memang susah nak pecaye.....
ReplyDeleteDAP sokong PAS ade banyak makne dan muslihat nye.......
Tok memang sampei bile2 pun tak mau boleh caye same itu DAP
tok gajah
ReplyDeleteTok percayakah dan yakinkah kepada MCA dan MIC? Merekakan spesis yang sama juga dengan DAP...menentang apa saja yang berwajah Islam terutama bintang porno dan anaknya itu!