Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 16, 2012

Terima Kasih Di Atas Carian Dan Ulasan Ini...

Owhh!! Ni rupanya kerja buat Rosmah yerr...

Jumlah perbelanjaan Najib Rosmah ke luar negara
Heboh semalam di merata ceruk Malaysia perihal bagaimana akhirnya terbongkar juga kisah pertemuan rahsia yang berlaku antara Perdana Menteri, Najib dan spekulator matawang, George Soros pada 27 September 2010.

Namun sekiranya anda masih ingat lagi beberapa bulan lalu, atau lebih tepat, antara 13 Mei 2012 hingga 24 Mei tahun yang sama, Najib ada pergi ke beberapa bandar-bandar besar di dunia di atas beberapa sebab termasuk urusan kerajaan dan ada juga melibatkan urusan peribadi Najib Altantuya sekeluarga. 

Dan jumlah perbelanjaan sepanjang 11 hari Najib Altantuya berada di luar negara, rupanya telah menelan perbelanjaan kerajaan hampir RM3 juta.

Di bawah ini adalah jawapan bertulis bagi soalan lisan di Dewan Rakyat antara ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok) dan juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Nazri Aziz) berdasarkan hansard parlimen yang disediakan :


Lawatan rasmi Perdana Menteri : Soalan Dan Jawapan di Dewan Rakyat
SOALAN:
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan perbelanjaan lawatan Perdana Menteri ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sepanyol. Berapakah hari dalam lawatan ini adalah urusan peribadi dan berapa hari adalah urusan rasmi.
JAWAPAN:
DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI :
Tuan Yang di-Pertua, Pecahan perbelanjaan bagi lawatan YAB Perdana Menteri dan Delegasi ke United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:
BIL / TEMPAT / TUJUAN / TARIKH / AMAUN (RM)
1. London – Lawatan kerja untuk menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles 13-15 Mei 2012 849,175.33
2. New York – Lawatan kerja untuk menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council 15-18 Mei 2012 1,606,402.75
3. Washington – Pegawai mengiringi lawatan peribadi YAB Perdana Menteri 19-24 Mei 2012 452,985.75
JUMLAH: 2,908,563.82
Lawatan ke United Kingdom bermula pada 13 Mei hingga 15 Mei 2012. Manakala bagi lawatan ke Amerika Syarikat bermula pada 15 Mei 2012 hingga 24 Mei 2012. Untuk makluman, tiada lawatan dilakukan ke Sepanyol. 13 Mei hingga 18 Mei 2012 adalah merupakan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri. Manakala, 19 Mei hingga 24 Mei 2012 adalah merupakan lawatan peribadi YAB Perdana Menteri. Sepanjang tempoh lawatan peribadi, Kerajaan hanya membiayai perbelajaan pegawai Kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri.
Antara beberapa persoalan yang ingin kami timbulkan di sini di sini berdasarkan jawapan Datuk Seri Nazri Aziz, adalah seperti berikut :
1. Anda dipersilakan merujuk gambarajah di atas bagi destinasi no. 3 (lawatan peribadi), no 4 dan 5 (tiada dalam jadual perjalanan rasmi)
2. Destinasi No.3 merupakan No 3 adalah (lawatan peribadi) tetapi kosnya masih lagi ditanggung oleh kerajaan?
3. Jikalau disemak semula jawapan rasmi menteri di Parlimen, perbelanjaan bagi kos di destinasi no. 3 adalah sebanyak RM400,000++. Dan ia sepatutnya sampai 24 Mei 2012. Tetapi…ada tetapinya di sini di mana jikalau mengikut jadual penerbangan, ada pula penerbangan ke Milan sehari selepas tarikh sampai ke destinasi No. 3?
4. Milan tiada dalam jadual perjalanan rasmi, tetapi kapal terbang berada di Milan selama 4 hari (bertembung dengan tarikh yang sepatutnya kapal terbang tersebut mesti berada di Washington DC pada ketika itu).
5. Persoalannya sekarang ini, siapa kalangan yang menggunapakai hak kerajaan untuk pergi Milan? Siapakah? Sedangkan pada ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dikatakan berada di Washington DC.
6. Ini kerana pesawat yang digunapakai ketika itu hanya boleh digunakan olehYang Dipertuan Agong (YDP) dan Perdana Menteri (PM) sahaja. Siapa pula yang lebih berkuasa daripada kedua-dua pemimpin ini sehingga boleh menggunapakai hak kerajaan ke sana ke mari sesuka hati?
7. Washington DC – Milan adalah satu jarak yang cukup jauh merentasi lautan Atlantik, memakan jarak beribu-ribu kilometer. Itu baru jarak, bagaimana kos yang terpaksa ditanggung sepanjang perjalanan ke sana? Siapa yang menanggungnya?
8. Milan cukup terkenal dengan jolokan syurga membeli-belah selain daripada New York, London, Paris dan tidak lupa juga Dubai. Ehem…
9. Dalam pada masa yang sama untuk destinasi untuk No.3 sebenarnya, bukan urusan kerajaan berdasarkan jawapan menteri. Urusan peribadi. Tetapi kerajaan terpaksa tanggung perbelanjaan sebanyak RM452,985.75? Erm….
Persoalannya di sini, jikalau penjawat awam bawahan dari Alor Setar menghadiri kursus di Kuala Lumpur. Seperti biasa, kos pengangkutan dan hotel akan ditanggung oleh kerajaan. Itu semua adalah prosedur biasa dan tidak menjadi masalah soal itu. Tetapi…tetapi andaikata di penjawat awam ini pergi singgah membeli belah di Pavilion atau KLCC dan kemudiannya bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, adakah penjawat awam ini berhak menuntut semua perbelanjaan seperti ini kepada kerajaan? Boleh kah? Ehem…
Walau bagaimanapun,semakan aeronautical melalui laluan penerbangan Perdana Menteri dalam laman web www.flightradar24.com menunjukkan bahawa pesawat kerajaan (9M-NAA) telah pergi dari Washington ke Milan, Italy pada 20 Mei 2012 – iaitu sehari selepas ketibaan di Washington. 
Rombongan dan pesawat kerajaan tersebut telah berada di Milan selama empat hari. Laluan penerbangan tersebut juga menunjukkan bahawa pesawat kerajaan tersebut berhenti di Dubai dan balik ke Kuala Lumpur selepas itu.
Jadual pesawat rasmi kerajaan

http://www.flightradar24.com/2012-05-20/03:22/NAA
http://www.flightradar24.com/2012-05-24/20:38/NR1


Ok…sekarang ini :

1. Kuala Lumpur – London : Lawatan yang diklasifikasikan sebagai urusan rasmi kerajaan (Menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles di London)
2. New York – London = Lawatan rasmi Perdana Menteri (Menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council)
3. Washington DC = Lawatan peribadi Perdana Menteri. Tetapi…kenapa guna duit kerajaan? Habis sehingga RM450,000++??
4. Milan = tiada dalam jadual rasmi. Buat apa di sana selama 4 hari?
5. Dubai = tiada dalam jadual rasmi. Buat apa di sana?
Apa yang kami ingin menegur di sini, pemimpin kena ingat pergi buat lawatan rasmi sana sini dengan mengunapakai kapal terbang rasmi. Minyak, juruterbang menggunapakai dana kerajaan. Pulangan pelaburan ya….besar kemungkinan ada. Tetapi perbelanjaan bersifat peribadi daripada New York – Washington – Milan yang tiada kena mengena dengan urusan rakyat dan kerajaan, pemimpin tidak boleh sama sekali melibatkan sama dan mengunapakaidana kerajaan.

P/S : Ataupun Perdana Menteri ada sebab musabab mengapa pesawat yang digunapakai oleh Perdana Menteri telah “singgah sebentar di Milan”? Ada sebab dan alasannya?

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa