Pertama PKR tidak pernah dengan secara terbuka menyokong pelaksanaan Undang-Undang Islam
Kedua DAP dengan terang dan terbuka menentangnya
MCA juga dengan biadapnya juga menentang Undang-Undang Islam
UMNO juga menentang dan tidak pernah mensucikan diri dari perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam
Jadi.... Sekiranya berlaku pertembungan antara Islam dan bukan Islam adalah menjadi kelebihan kepada orang Islam untuk menyokong individu Islam walau pun individu itu ditakrifkan di dalam kelompok Islam longgar - mereka masih Islam
Betul asas perjuangan bersama PR adalah untuk keadilan dan negara berkebajikan serta menentang penyelewengan dan kezaliman. Tetapi asas perjuangan seseorang Islam yang punya roh Islamnya tentulah memertabatkan Hak Allah di bumi ini
Oleh yang demikian sekiranya berlaku pertembungan sesama yang beragama Islam, maka individu yang mewaliki kelompok yang memperjuangankan Islam dan Hukumnya wajib disokong
Ini adalah pandangan dan pendirian saya yang jahil dan cuba mencari jalan yang selamat dunia akhirat
Mungkin pendirian saya ini bertentangan dengan pendapat dan pandangan lain di luar sana. Mungkin ada kekawan di luar sana boleh memberikan pandangan yang lebih bernas dan convincing untuk dibincangkan...
Published: Jumaat Februari 1, 2013 MYT 10:54:00 AM
Hanya Undi Calon Islam - Adun PAS
"Dalam memilih antara calon Umno beragama Islam dan calon PKR, pengundi mesti menilai calon mana adalah lebih baik.
"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya.
Selain itu katanya umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan kepimpinan iaitu tadbir urus secara Islam dan bukan Islam.
Namun jelas beliau adalah penting bagi mereka untuk memilih parti yang berjuang untuk Islam.
Bagaimanapun Nik Mazian menegaskan bahawa antara calon Umno dan PAS, adalah wajib bagi pengundi muslim untuk mengundi PAS.
"Umat Islam di negara ini mempunyai pilihan yang lebih baik bagi kerajaan yang berpegang kepada prinsip Islam.
"Hanya PAS yang menegakkan Islam dalam perjuangan, tidak seperti Umno dan Barisan Nasional. Ia adalah pilihan yang jelas bagi umat Islam," katanya.
Sementara itu ditanya mengapa PAS memilih untuk bekerjasama dengan DAP yang tidak berkongsi prinsip yang sama menegakkan Islam, katanya kepada The talian Mole: "Dalam amalan demokrasi dan politik, adalah yang terbaik bagi PAS untuk menerima bantuan daripada pihak-pihak lain yang boleh membantu kita menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.
"Mereka boleh mempunyai pendapat mereka sendiri. Kami bekerja bersama-sama untuk memastikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan dikalahkan."
Pandangan itu dikeluarkan tanpa melihat pada soal strategik dalam hal untuk menewaskan musuh. Jika pandangan seperti itu digunapakai, bererti sampai bila-bilapun PAS tidak akan mampu memenangi pilihanraya dan cita-cita mendaulatkan agama Islam sebenar tidak akan menjadi kenyataan. Pandangan seperti ini amat disenangi oleh kaum BN dan kesannya umno akan menentukan bentuk agama Islam di malaysia mengikut acuan mereka buat selama-lamanya. Dan jika amalan ini diterima oleh orang islam, usahlah berharap undang2 hudud akan dilaksanakan di negara tercinta ini. Ingat....tiada seorang pun perasuah atau pencuri harta negara yang sanggup dipotong tangan, apa lagi untuk menyokong undang2 hudud dilaksanakan.
ReplyDeleteSaya percaya, PR akan melaksanakan hudud setelah berjaya ke putrajaya dan setelah kematian Karpal singh. Dap dan PR tidak akan mampu mentadbir negara tanpa Pas dan permintaan Pas untuk melaksanakan hudud kepada umat Islam bakal dipenuhi oleh Dap dan Pkr demi mempertahankan pentadbiran ke atas putrajaya selepas pru13 nanti.
Fikirkanlah....gunakan strategi bagi menewaskan musuh!