Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 1, 2013

Agenda Sape Pulak Nih? Tak Habis-Habis Nak Kenakan Najib!

Menurut beberapa komen daripada Facebook apabila melihat gambar di atas, telah memaklumkan bahawa pakaian Najib ini adalah untuk si mati bagi kaum Cina. Malah salah satu daripada komen tersebut turut memberi pautan sebuah laman web www.yingruixiang.com, sebuah syarikat di China yangpakar dalam menyediakan pakaian dan kelengkapan untuk upacara kematian China.
Laman web tersebut menyediakan pelbagai kelengkapan kematian seperti pakaian si mati untuk lelaki dan wanita, topi untuk si mati, kasut, keranda, pasu abu mayat dan pelbagai kelengkapan lagi. Antara gambar pakaian-pakaian untuk si mati lelaki yang di tunjukkan, adalah gambar pakaian seperti di bawah
Jika benar pakaian yang dipakai oleh Perdana Menteri kita sempena ucapan Selamat Tahun Baru Cina ini adalah pakaian khas untuk si mati, maka pasti penasihat kepada Perdana Menteri tidak melakukan kerja. Ini seolah-olah sengaja untuk memalukan imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib perlu berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang telah bertindak menurunkan banner-banner ini. Walaupun ia atas alasan ia tidak mendapat permit, namun sekurang-kurangnya banner Najib ini tidak menjadi bahan lelucon bagi masyarakat Cina.

Bagaimanapun jika pakaian ini adalah pakaian umum bangsa Cina, dan bukanlah pakaian untuk si mati, maka penasihat beliau juga perlu untuk memberi makluman ini kepada Perdana Menteri supaya beliau dapat membuat sama ada untuk memakai pakaian ini atau memakai pakaian lain yang lebih sesuai.

Mungkin Chua Soi Lek boleh membantu...

1 comment:

  1. Though they are really identical in premise and supply a fine household gymnasium encounter, the BowFlex Revolution is
    obviously a better piece of household gear that
    could all but change any have to have for traveling to a health and fitness center.
    Feel free to visit my web site :: dumbbell adjustable set

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa