Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 9, 2013

Apa Yang Membuatkan Deepak Begitu Berani Dan Lantang?

Siapa sebenar di belakangnya?
Apa yang dia mahukan?
Keadilan atau dendam?

February 09, 2013

KUALA LUMPUR, 9 Feb — Deepak Jaikishan berkata beliau mengaharapkan kebenaran akan terserlah berhubung beberapa siri pendedahannya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam respon balas terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa dakwaan-dakwaan Deepak diabaikan.

Usahawan karpet kontroversi, yang membuat pelbagai dakwaan, memberikan maklum balas melalui SMS, disebalik pendedahan beliau, pihak berkuasa masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan.


“Bagaimanapun, hingga hari ini, polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap pecah amanah Raja Ropiah ... atau rasuah berkenaan perjanjian tanah di Bukit Raja yang didedahkan secara terbuka di mahkamah, kenapa?” katanya melalui khidmat penan ringkas.

Beliau (gambar) merujuk kepada dakwaannya sebelum ini bahawa Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah telah melakukan jenayah pecah amanah dalam perjanjian tanah bernilai jutaan ringgit.

Awal hari ini, Dr Mahathir menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengabaikan dakwaan-sakwaan Deepak, walaupun usahawan karpet itu berkata akan terus melakukan pendedahan.

“Atau, adakah mereka sekali lagi mendakwa ‘demi Tuhan’ apabila mereka diarahkan untuk bersumpah dan bercakap benar termasuk disiasat MACC dan Polis?” katanya merujuk kepada Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita semua maklum perkara itu TIDAK AKAN berlaku, namun saya masih berpegang kepada nasihat Tun M dan berharap kebenaran dan keadilan akan berlaku dalam pentadbiran baru Malaysia,” katanya.

Rabu lalu, Deepak mahu dirinya diberikan imuniti di bawah Akta Perlindungan Saksi sebelum mendedahkan lebih banyak lagi skandal pemimpin tertinggi negara.

“Saya akan hantar surat kepada Peguam Negara (Gani Patail) bagi memohon imuniti serta menyerahkan dokumen rahsia sulit yang saya miliki ini,” kata Deepak.

“Dalam surat tersebut, saya akan dedahkan secara terperinci tentang skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam negara.”

Pertemuan Deepak dengan pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar, itu merupakan yang pertama sejak Mahfuz menawarkan diri menjadi perantara bagi usahawan karpet itu dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan imuniti pada bulan lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesediaan meluangkan masa untuk Deepak bagi mendengar permohonan itu.

Deepak sebelum ini mengakui beliau telah membantu mendapatkan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam bagi menukar akuan bersumpah pertama berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribu, termasuk mencari dua peguam untuk mendraf akuan baru.

Majlis Peguam juga sedang menjalankan siasatan berkenaan identiti peguam yang terlibat dan kemungkinan berlakunya kesalahan dalam proses mendraf akuan bersumpah Balasubramaniam berkenaan pembunuhan Altantuya itu.

Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.

4 comments:

  1. Aku betul2 confused dengan anak hindu nih.Dia ni main wayang ke? Tapi kebelakangan ni pendedahan makin serius, ermmmmm dia ni tak takut C4 ke??? aku salute ar anak hindu nih..

    ReplyDelete
  2. itu orang banyak besar kalau dia kata abai kita kena abai kalau dakwaan kena orang lain cepat suruh siasat betul tak guna punya orang

    ReplyDelete
  3. Anon 10:08 PM

    Itu yang membuatkan saya hairan. Nak kata kerana politik, dia bukan orang politik

    ReplyDelete
  4. Pandangan saya mengatakan dia ni sengaja dihantar kpd pembangkang utk tujuan memperbodohkan pembangkang dan akan jadi isu PRU nanti...kpd pembangkang jangan terjerat dgn permainan yg anda tak pasti...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa