Isu Projek IC di Sabah: Mahathir terus mengelak, kini salahkan Anwar
3 February 2013
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menerus menyalahkan orang lain dan yang terbaru membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penipuan ‘kewarganegaraan untuk undi’ di Sabah pada tahun 1990an yang dikenali “Projek M”.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, sebelum ini Mahathir memburukkan nama bekas Perdana Menteri Pertama Malaysia apabila mendakwa Allahyarham Tunku Abdul Rahman melakukan perkara yang lebih buruk kerana memberi kewarganegaraan kepada satu juta orang yang tidak layak sebelum Merdeka.
Katanya, Mahathir sebelum ini secara terbuka mengakui kewujudan “Projek M” tetapi mempertahankannya sebagai mengikut undang-undang berdasarkan hujah pendatang tanpa izin Filipina boleh berbahasa Melayu dan “mempunyai hak untuk menjadi warga negara”.
“Jelas bukan pada 16 atau 17 Januari 2013 apabila pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah terhadap pendatang tanpa izin membabitkan dua orang kanan Mahathir iaitu bekas Timbalan Menteri Dalam negeri, Megat Junid Megat Ayub dan bekas Setiausaha Politik, Abdul Aziz Shamsuddin dalam penipuan “Projek M” antara 1990 dan 1995 yang mengeluarkan beratus ribu kad pengenalan biru palsu dan pengesahan surat beranak sebagai tukaran untuk undi kepada pendatang tanpa izin.
“Manifestasi terkini kembalinya Mahathirisme adalah melalui tuduhan liar di dalam politik Malaysia bahawa Anwar adalah dalang sebenar di dalam penipuan “kewarganegaraan untuk undi” di Sabah yang dikenali “Projek M”.
“Bilakah Mahathir mula menyedari yang Anwar merupakan dalang projek yang dinamakan “Projek M” sempena namanya itu,” soal Kit Siang dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 69 Hari ke PRU-13, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, kenapa selepas 31 Januari lalu, baru Mahathir tiba-tiba mengumumkan Anwar merupakan dalang sebenar “Projek M” yang bertanggungjawab terhadap penipuan di Sabah itu, walaupun mengakui tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya.
Katanya, Mahathir juga mendakwa “Projek M” mungkin terjadi “tanpa sebarang pengetahuan dan arahan dari atas” apabila secara terbuka beliau mengakui kewujudannya dan mengakui terbabit pada 17 Januari, bukan saja menjustifikasikan tindakan itu dengan alasan pendatang itu berbahasa Melayu, tetapi turut mendakwa bahawa beliau tidak melakukan lebih teruk berbanding Tunku Abdul Rahman.
“Jika Anwar terbabit sudah tentu Mahathir sudah mendakwa Anwar di mahkamah atau secara terbuka menuduhnya melakukan pengkhianatan dalam usahanya selama berdekad untuk memusnahkan peluang politik Anwar, dan tidak akan lupa atau terlepas pandang mengenai untuk 15 tahun kemudian secara tiba-tiba teringat atau mengetahuinya baru semalam Anwar terbabit dengan penipuan “Projek M”, bukan dirinya,” katanya.
Menurut Kit Siang, Anwar sendiri sudah menafikan pembabitan di dalam Projek M atau Projek IC di Sabah, kerana perkara itu tidak pernah dibawa ke Kabinet dan tidak pernah mempengerusikan atau hadir pada mesyuarat mengenainya.
Katanya, Anwar juga bersedia memberi keterangan di RCI Sabah jika dipanggil sebaliknya menuduh Mahathir bertanggungjawab untuk pasukan petugas yang bertanggungjawab ke atas kewarganegaraan yang diberikan kepada pendatang.
Beliau juga mendakwa perbuatan itu berterusan dan mencadangkan RCI turut memanggil Perdana Menteri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
“Rakyat Malaysia dan rakyat Sabah mahu supaya Anwar, Najib dan dua lagi mantan Perdana Menteri, Mahathir dan Abdullah, semuanya memberi keterangan pada RCI. Anwar sudah mengisytiharkan kesediaannya untuk tampil. Bagaimana pula dengan Najib, Mahathir dan Abdullah adalah masing-masing bersedia mengisytihar secara terbuka kesediaan mereka hadir memberi keterangan pada RCI,” soalnya. – Roketkini.com

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa