Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 21, 2013

Baca Dan Cuba Renung Sikit.....

Ini saya rembat dari blog blogger Isa

Benarkah.., Lahad Datu Drama Ramayana umno/BN...???

Assalamualaikum Bro Isa,

Bro, kalau bro nak publish cerita ni..belasah je. hehehehehe
Aku tak tau nak buat apa bila terbaca post ni dalam FB isteri aku (berkaitan sms/repot mengatakan bakal berlakunya perang di Lahad Datu pada 18 Feb 2013 yang tersebar di FB). Panic... Bingung semacam tak percaya. Baca 2-3 kali... eh, takan perkara macam ni PDRM buat main-main? Arus perdana milik UMNO dan BN ada buat release ke benda ni officially? Bahaya ni..!!

Aku pun cuba la explore mana-mana blog PR yang ada cerita ni.. ada... tapi tak banyak yang jadikan top story. Yang paling top, cerita pasal Najib kena hack. Hahahahaha... so.. pada pandangan aku ramai blogger PR yang tak dapat maklumat lagi pasal benda ni.. tapi, sebab aku tinggal dekat-dekat dengan kawasan yang bakal jadi medan peperangan ni (kalau betul la).. aku nak kongsi la.. betapa berita ni menjadikan penduduk di kawasan-kawasan berhampiran hidup dalam keadaan bingung dan takut..

Okay la, aku mulakan kekeliruan ni dengan begini….

Tuntutan ke atas Sabah?
Aku tak tau sejauh mana kisah ni benar. Okay la, katakan benar, katakan tuntutan mereka ni benar, kenapa PM, kenapa KM dan kenapa Hishamudin KDN… tak pergi runding dengan kerajaan Filipina, duduk semeja dengan Presiden Filipina.. bincang elok-elok, siarkan dalam arus perdana, bagi tau rakyat? Lagi satu, benarkah masih ada lagi Kesultanan Sulu? Kalau pun ada, kenapa Sultan tu tak datang Sabah dengan cara terhormat? Kenapa suruh kuncu-kuncunya datang?

Dorang datang nak ambik Sabah? Ish..., biar betul? Ambil macam tu je ke? Orang Sabah nak duduk diam ke? Aku tengok orang-orang yang dah lama sini pun tak ambik kisah je. Kenapa? Hahahahaha…ada orang main wayang ni. Aku tak tau. Aku blast je. Lagi satu, kenapa tuntutan ni dorang buat dekat-dekat PRU13? Macam ada yang tak betul je?

Tuntutan lain yang aku dengar lagi, dorang tak nak balik, konon Sabah ni hak nenek moyang dorang, dorang nak taraf kerakyatan atau warganegara Malaysia. Hahahahaha….nak tambah pengundi HANTU?? Aku tak tau..sebab cerita ni aku dengar sendiri dari orang-orang tua di sekitar situ.

Mendarat di FELDA?
Ada cerita, dorang mendarat di Sungai Merah, ada cerita lagi di Kampung Tandou. Mana tempat ni? Semuanya berdekatan dengan Felda Sahabat. Aik? Kenapa nak mendarat dekat-dekat Felda? Tak de tempat lain ke? Kenapa tak turun di Sandakan, Kudat, Tawau, Kunak dan Semporna atau terus ke Kota Kinabalu? Kenapa pilih Felda? Tak kan semua rokok smuggle yang ada di Sabah ni masuk dari Felda? Wow!! Sejak bila Felda jadi pintu masuk ek? Hahahahahaha…..funny!

Atau kes Felda di Sabah ni belum settle? Kes ape tu? Aku tak nak cakap sebab aku tak dapat proof yang banyak, tapi bole rujuk sini 

Puak-puak ni datang bawa senjata?
Dorang datang bawa senjata? Ada “baby armalite”? fuiyoo!! Datang Felda ada senapang? Tapi Felda Sahabat ada resort kan? Dorang nak holiday kot? Stay resort…santai..and have fun. Atau pun, mungkin ka jugak senjata-senjata ni dah lama ada di Sabah ni? Ini bukan lagi datang nak holiday, ni dah kira nak berperang. Habis la……. Seperkara lagi, puak ni, suku kaum ni, dah lama ada di Sabah. So, kalau betul la diorang nak perang, tak kan suku dorang yang lain yang dah lama duduk di Sabah ni bediam diri??

Mana barisan keselamatan negara?
Yang ni aku tak faham langsung. Dorang datang Sabah ni senang-senang je. Masuk macam tu je. Siap bawa senjata lagi. Ish…mana pegi pasukan keselamatan negara yang menjaga perairan? TLDM, Maritime, PGA, Polis dan macam-macam lagi la… Mana kapal selam kita yang MAHAL tu?

Hahahahahaha.. pasukan kita ni bersantai ke di Pulau? Eh.., aku salute dengan dorang ni. Sebab dorang la negara selamat. Tu pun kalau dorang buat kerja la.. kalau tak memang dah lama hancur. Tapi dalam kes ni, langsung tak masuk akal. Okay, kata la dorang dah lama ada di Sabah, mana ejen perisikan kita?  Dorang tak tau ke, atau buat-buat tak tau….

Lagi aku tak faham, kenapa dengan puak-puak yang boleh di anggap militant ni, kita masih boleh nego lagi? Kenapa tak serang terus? Dah tau diorang ada senjata and bila-bila boleh perang, nak nego lagi? Kita Duduk Bantah pun kena sembur dengan air, kena gas pemedih mata, kena balun, tumbuk, sepak, terajang... fuh!! Fully package!! baru duduk belum perang lagi. Banduan terang-terang lari… kejar.. tembak mati..!! yang ni..?? Takan nak bagi makan lagi..?? Simple aku cakap, orang datang rumah ko, dan jelas ko tak kenal, then bawa senjata, takan nak jemput naik lagi, hidang kuih. Tak faham aku.

Sekolah ditutup?
Dan yang ni pun aku tak faham, statement orang-orang besar kata, semuanya okay... tak akan berlaku pertumpahan darah.. tapi kenapa sekolah kena tutup..?? Beberapa sekolah berdekatan dengan kawasan Felda ditutup atas sebab-sebab keselamatan..maaf aku tak dapat circular dari kawan-kawan kat sana. Tapi yang pasti, member aku kat Tawau dah balik Felda Sahabat, ambik anak bini dia. Kenapa mesti tutup sekolah? Darurat sangat ke? Dah mula bertembak ke? Nego dah tak boleh ke? Aku rasa macam dah nak perang. Tempat aku yang jauh dari kawasan puak-puak ni datang pun dah macam darurat.

Kesimpulannya senang. Tak payah fikir banyak. Sama ada benda ni siyes berlaku atau cuma Drama Swasta. Walau apa pun kejadiannya, bagi aku la.. KALAU benda ni betul berlaku, baik keraaajaan UMNO-BN settlekan cepat.

PRU13 dah dekat.... Jangan nak lengah-lengahkan masa dan jadikan kes yang berlaku ni sebagai alasan untuk menangguhkan PRU13.

2 comments:

  1. Salam Tuan Mountdweller.

    Nak komen pun tak berapa nak reti sebab kes nih masaalah keselamatan negara, tapi kalau sahaja-sahaja aku nak buat drama yang kantoi karang UMNO.
    Dalam blog Gendang Perang dah tunjuk gambar Dayak Sabah nak penggal kepala orang Suluk....nih kes bahaya.

    gmu

    ReplyDelete
  2. Abe,
    Ambo was-was denan peristiwa nih, tengok ko lagu kerajaan dok maing sendiwara nih.

    Ambo bimbang ado tujuan politik nih. paling-paling bodo, demo buat PRU semua negeri kecuali sabah atas sebab-sebab masaalah ini. Kita tahu Sabah boleh menyumbang kemenangan kepada Pakatan rakyat. Kalu PRU di Sabah tangguh, boleh ko Pakatan Menang? Tu satu hal.

    Kedua, untuk menakut-nakutkan rakyat sabah terutama yang diberi IC oleh mahathir dulu agar jangan berani nak undi Pakatan. Ini kira cerdiklah sikit.

    Ko abe kato guano?

    bat8

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa