Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 11, 2013

BR1M: Dahlah Bodoh, Syok Sendiri Pulak!

Inilah taraf pemikiran seorang ADUN BN
Kepala hotak dia..... 
Dia anggap duit kerajaan tu duit BN?

Kalau gitu, semua Kakitangan Kerajaan Persekutuan yang tak sokong Kerajaan BN kena letak jawatan?
Dan yang kerja dengan Kerajaan Negeri Kelantan, Kedah dan Selangor tetapi menentang Kerajaan Negeri  juga perlu letak jawatan?
Kesian sungguh kepada sesiapa yang mengundi dia dulu!

Adun Umno mahu penerima BR1M undi BN
Muda Mohd. Noor
February 11, 2013
Mereka merasa sangat gembira dan bertepuk tangan, kata Adun Nusa Jaya, Datuk Aziz Sapian.
PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Umno di Johor mengatakan bahawa penerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu menyokong BN dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
“Saya memberitahu penerima BR1M di kawasan saya iaitu DUN Nusa Jaya bahawa mereka mesti mengundi BN.
“Wang  yang diberikan kepada kamu semua ini merupakan wang BN, jadi kamu semua kena mengundi BN.
“Mereka merasa sangat gembira dan bertepuk tangan,” katanya yang juga Ketua Umno bahagian Gelang Patah.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pemberian skim BR1M di Gelang Patah.
BR1M merupakan bantuan kerajaan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban mereka.
Bagaimanapun, seorang wakil rakyat lain memberitahu, beliau tidak memaksa penerima BR1M mengundi BN atau sebaliknya.
“Saya mudah sahaja, kita beri kepada semua yang layak menerimanya tanpa mengira sama ada penyokong kerajaan atau tidak.
“Tetapi saya percaya mereka tahu membuat penilaian, BN atau pembangkang yang lebih banyak membantu rakyat,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa