Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 7, 2013

BR1M Punya Pasal!

Hari ini 6 Feb. 2013 sejak bangun subuh tadi badan berasa kurang selesa dan sakit kepala. Dalam keadaan itu pun selepas bersarapan dengan susu dan sekeping roti, saya ke Kedai Kopi selepas isteri turun ke pejabat.

Ke Kedai Kopi bukannya untuk bersarapan pagi (kerana sudah bersarapan pun) tetapi sengaja pergi untuk borak-sembang dengan kekawan seangkatan dan yang selalu memanaskan bangku di meja yang selalu saya duduk. 

Topik kami biasanya politik dengan gaya berseloroh dan bergurau. Jadi pagi di Kedai Kopi pastinya ceria dan gegak dengan gelak ketawa.

Yang seronoknya bila ada kejadian seolah bertekak di antara penyokong UMNO dan PAS. Yang PAS kata PRU tahun ini yakin dapat kekalkan kuasa paling tidak di Kelantan dan yang UMNO pulak kata UMNO yakin Kelantan akan dapat dirampas dan PAS akan tertiarap. Memang mereka akan bertekak mempertahankan hujah masing-masing tetapi taklah melarat sehingga gaduh....

Saya hanya berperanan tukang jolok ajer....

Jam 11:30 pagi, saya terasa lapar dan saya minta nasi berlauk dengan lauk ikan masin gulai. Selepas makan saya rasa lega sikit dari sakit kepala setelah habiskan sepinggan. Teringat nak makan ubat saya pulang ke rumah lebih urang jam 12.00 tengahari dan cuba lelapkan mata sekejap sebelum waktu zohor. 

Sedang melayan rasa dan menunggu lena, saya dikejutkn dengan suara memanggil nama saya dari luar pagar. Saya bangun dan meninjau ke luar pagar. Nampaklah sosok yang memang kenal rapat dengan saya. Dia adalah seorang Pengerusi JKKKP di kawasan saya. 

Belum lagi saya bukakan pintu dan persilakan masuk, awal-awal lagi dia minta maaf kerana mengganggu saya sebab dia nampak memang muka saya yang baru terbangun dari tidur.

Saya persilakan masuk. Dari air mukanya saya boleh menelah yang dia dalam keadaan marah dan kecewa.

Belum pun saya tanya hanjatnya ke rumah saya, dia dah bersuara "Kawe nok mintak tolong demo buat surat untuk kawe. Kawe tak dok komputer dan tak berapa reti nok buat surat"

Saya tanya dia "surat untuk apa?"

"Kawe nok letok jawate Pengerusi JKKKP dan semua jawate dale UMNO!" Jawabnya

Saya tanya lagi "Kenapa pulak, takkan kalau ada sikit masalah dah nak letak jawatan!"

Dia kata "Bukan sikit, bukan kecik, tapi besar"
"Nasib baik kawe tok tapa oghe pagi nih!" tingkahnya dengan suara yang agak tinggi 

"Aikk....besar mano nah?" tanya saya

Saya menempelak dengan berkata "Demo ni tokleh ko taroh sikit bekeng demo tu, kito ni tuo belako doh!"

Dia pun bercerita yang pagi tadi dia ke tempat pembahagian BR1M di sebuah sekolah menengah yang berdekatan dengan tempat kami tinggal untuk menolong mendaftar ahli dan orang-orang yang layak terima BR1M di bawah mukim jagaannya

Di sana, sejurus berada di meja pendaftaran, adalah budak-budak yang buat kerja pendaftaran minta dia belanja minum. Dia pula dengan berseloroh minta kepada Setiausaha  UMNO Bahagian yang kebetulan ada di situ.

Setiausaha Bahagian pulak kata "Penghululah belanja" 
Jawab Penghulu (Pengerusi JKKP tadi) " Mana saya ada duit, S/Ulah belanja"

"Kan dah diberikan gaji? Kalau gitu gak letak jawatanlah!" sambung Setiausaha Bahagian

Jadi Pengerusi JKKKP tadi malu dan marah kerana bagi dia, dia dicabar dan diperlekehkan di khalayak ramai. Dia merasakan khidmat yang dia curahkan selama ini tidak dihargai dan dinilai!

Itulah ceritanya, gara-gara minuman, panas baran dan rasa tidak puas hati di antara pekerja parti yang berakhir dengan gaduh.

Semasa di rumah saya ini siPengerusi JKKKP tadi berkata " PRU ni kawe toksir tolong lansung dan tak mau peduli apa yang terjadi!"

"Nok kaloh, nok bene mapuh gi lah..." katanya lagi

Jadi atas permintaannya, saya pun tolonglah taipkan Surat Meletak Jawatan yang ditujukan kepada Ketua UMNO Bahagian......

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa