Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 14, 2013

Haramkan Saja PAS!

"Para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda yang menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan mengisytiharkan bahawa haram memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi."

Cuba berterus terang, siapa nama Tok-Tok Guru Pondok tu, Siapa nama Imam-Imam dan Ustaz tu, apa nama NGO-NGO tu?
Apa nama-nama Presiden kepada NGO-NGO ni?
Bila bermesyuarat dan di mana?

Kerana sekor manusia  gila yang digelarkan Ulama
Semuanya jadi tonggang terbalik

Jangan dok bodoh
Jangan dok belit
Jangan dok buat gila babi
Kalau betul mengundi PAS itu haram
Maknanya semua Muslim yang undi PAS itu berdosa
Jadi untuk mengelakkan orang Islam dari melakukan dosa dengan mengundi PAS, saya sarankan supaya kerajaan haramkan saja PAS! 

Tapi kalau fatwa ini tak betul saya menggesa semua yang bermulut busuk mengeluarkan fatwa ni ditangkap atau biarkan rakyat merejam mereka sebab mengeluarkan fatwa yang menyesatkan!

Mana Mufti, mana Majlis Fatwa, mana Ketua-Ketua Agama Negeri?
Tolong jawab....

Rakyat nak tahu, jangan biarkan mereka keliru!
Sekarang kerja kamu semua dah diambil alih oleh seorang yang berserban yang dikeldaikan dan digelar Ulama oleh UMNO

Aku percaya segala yang Alim di dalam PAS pun akan setuju PAS diharam dan dibubarkan sekiranya benar-benar kerana PAS segala Muslim yang mengundi PAS berdosa
Takkan mereka nak tanggung dan kelek dosa rakyat ke akhirat dan menjadi penghuni Neraka hanya kerana politik?
Pandangan Ulama Mengundi Pas Itu Haram Wajar Dibincang Secara Muzakarah - Ahmad Shabery
KEMAMAN: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pandangan beberapa golongan ulama yang menganggap memberi undi kepada parti PAS itu adalah haram, wajar dibincang secara muzakarah.
Katanya selama ini ulama PAS menganggap mengundi Umno adalah haram, tetapisekarang ini ternyata ada pandangan lain yang menyatakan memberi undi kepada PASitu haram hukumnya.
"Saya kira semua orang patut pandang serius perkara ini. Biarlah berlaku lagi perbahasan ataupun muzakarah yang lebih mendalam tentang pandangan berkenaan. Apakah rasionalnya hujah dari segi hukum, hujah berdasarkan nas, Al-Quran dan sebagainya bagi mengiakannya.
"Tetapi bagi saya, yang jelasnya mengundi PAS ertinya menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang manifestonya membenarkan kalimah Allah digunakan dan kita akan lihat orang bersyarah menggunakan perkataan Allah tanpa merujuk konsep Allah yang kita fahami dalam agama Islam," katanya.
Beliau mengulas laporan akhbar pada Rabu bahawa para ulama, tok guru pondok ,imam dan ustaz muda yang menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan mengisytiharkan bahawa haram memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.
Ahmad Shabery berkata demikian pada majlis penyampaian baucer Buku 1Malaysia kepada seramai 413 pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman di sini hari ini.
Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Shabery berkata, ia bukan sahaja meringankan beban rakyat malah memberi impak kepada ekonomi apabila dibelanjakan seperti di pasar malam dan kedai-kedai. -- mStar

1 comment:

  1. Mengundi KERAJAAN YG RASUAH, mentekedarah duit rakyat tu apa HUKUM nya PULAK..??

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa