Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 4, 2013

Kali Ni Aku Sokong Kenyataan Abe Din....

Sokong ditolak mana-mana pemimpin yang cakap tak serupa bikin
Cakap tentang kepatuhan kepada Allah, Qur'an dan Sunah
Tetapi diri dan keluarganya punah ranah.....
Perbuatannya macam Jin Tanah!

Muhyiddin: Tolak fahaman terpesong daripada landasan Islam
4 Februari 2013
SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata umat Islam di negara ini perlu menolak segala fahaman yang terpesong mengenai agama Islam kerana ia bukan sahaja boleh mengancam akidah, malah menjejaskan keharmonian.
 
"Adalah malang sekiranya umat Islam dibiar berpecah semata-mata kerana ada sebahagian daripada masyarakat Islam sendiri yang terpengaruh dengan pelbagai fahaman yang terpesong daripada ajaran Islam," katanya.
 
Berucap merasmikan Multaqa Nasional Guru Pendidikan Islam di sini, beliau menegaskan pentingnya usaha memperkukuh perpaduan dalam kalangan umat Islam untuk mempertahan segala nikmat yang dikurnia Allah SWT.
 
Menurutnya, masyarakat Islam perlu berpegang kepada penyatuan hati, pemikiran, matlamat dan penyatuan amal dengan berpandukan kepada ajaran al-Quran dan sunnah.
 
Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata guru Pendidikan Islam berjumlah lebih 52,000 boleh memainkan peranan lebih aktif dalam menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat.

"Mereka perlu lebih aktif dalam menyampaikan mesej dakwah berteraskan ajaran Al-Quran dan sunnah serta memimpin masyarakat ke arah kebenaran," kata Muhyiddin.
 
Menyentuh pembangunan Pendidikan Islam, beliau berkata kerajaan kini berusaha menjadikan kurikulum Dini dan kurikulum Tahfiz sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.
 
Jelasnya, ia masih dalam peringkat kajian perundangan dan apabila diluluskan nanti, kementerian akan menyediakan guru berkelayakan selain bantuan geran, buku teks dan pentaksiran bersistematik untuk kedua-dua bidang itu.
 
Muhyiddin menarik perhatian bahawa kementerian juga telah melaksanakan pengambilan 3,384 guru Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF) untuk mengisi kekosongan jawatan di 2,054 sekolah.
 
Menurutnya, 26 Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri telah bertukar kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tahun lalu, menjadikan bilangan keseluruhan SABK kini 195 buah.

Dalam pada itu, Muhyiddin meminta semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berjaya menempuh cabarannya.
 
"Untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global," tegasnya.
 
Seramai 3,500 guru Pendidikan Islam dari seluruh negara menghadiri majlis yang julung kali diadakan itu. - SH

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa