Semuanya dihuni oleh sejenis spesis yang perasan jantan tapi tak bertelor
Jenis bijak tak boleh pakai
Bodoh tak dengar dek ajar
Sijahat yang pengecut, lempar batu sembunyi tangan
Perompak yang menyatakan orang lain pun merompak juga!
Dicabar Nurul Izzah tapi ini yang dia jawab....
Kalau dia kata aku tak berani nak gaduh, nanti Mak aku marah
Jawapan tu oklah juga kan, kaann?
Tak perlu debat, tunggu saja p'raya, kata Raja Nong Chik
Ketua Umno bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menolak cabaran untuk berdebat dengan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar kerana katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Selain itu, katanya, seorang ahli kabinet juga tidak digalakkan untuk berdebat.
"Kita ahli kabinet tak digalakkan untuk berdebat. Kalau dia kata dia buat kerja, cakaplah apa kerja dia. Senaraikan. Tak payah nak debat. Lepas tu biarkan pengundi yang putuskan. Apa nak debat lagi.
"Cakap apa kerja yang dia buat. Asyik nak tumpang selepas apa yang saya buat.
"Saya rasa tak perlu debat. Pilihan raya nak dekat dah. Kita putuskan masa pilihan raya sahajalah. Apa nak debat-debat lagi. Rakyat akan menilailah apa yang dia dah buat," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan surat kelulusan pemberimilikan tempoh pajakan tanah kepada penduduk Kampung Pasir, Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR mencabar menteri wilayah dan kesejahteraan bandar itu untuk berdebat pada 24 Februari ini berhubung dakwaan Raja Nong Chik sebelum ini yang mengatakan beliau lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.
Raja Nong Chik berkata demikian Khamis lalu sebagai mengulas mengenai pretasi yang ditunjukkan Nurul Izzah di kawasan Lembah Pantai.
Beliau juga yakin, skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerus parlimen tersebut daripada PKR.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa