Tapi oleh kerana ramai orang/bloggers yang berpersepsi
Maka saya pun rasa nak mencelah sikit
Apa yang Nazri kata tu, ialah mereka hanya kalah di lima negeri bukannya Kerajaan Pusat
Kekalahan di peringkat pusat adalah lain ceritanya!
Pada saya amaran ini adalah peringatan awal kepada dua kemungkinan
Pertama, mereka dah tahu yang mereka pasti menang PRU 13 dengan segala helah yang licik
Penipuan bermula dari Pendaftaran Pengundi oleh SPR sehinggalah pada Pengiraan Undi. SPR akan mencipta bermacam senongeh yang memberi keuntungan dan kelebihan kepada BN.
Di pihak BN sendiri mereka akan menggunakan apa saja helah termasuk membiakkan samseng seperti Pakida dan Perkasa untuk mengugut atau memukul (menggunakan kekerasan) kalau perlu.
Apa yang saya nampak suasana sekarang seolah mengulangi suasana 1969 di mana pada masa itu Pemuda Tahan Lasak bermaharaja lela dan momentum parti-parti pembangkang juga sedang bertambah
Mereka juga akan menipulasi apa saja sumber media dan sebagainya termasuklah 'polong-polong' yang terbebas dari parti-parti gabungan PR
Kedua, kalau ditakdirkan BN kalah dan terpaksa berpindah dari Putrajaya, merekalah yang akan mencipta provokasi seterusnya membawa kepada huru hara.
Bila ini berlaku, darurat akan di istiharkan dan Parlimen akan digantung.
Negara akan ditadbir oleh Majlis Darurat sehingga Pilihanraya baru di adakan
Walau apa pun yang akan terjadi, mereka tidak akan melepaskan pegangan kuasa mereka ke atas pentadbiran negara ini sebab kalau ditakdirkan terlepas implikasinya kepada mereka terlalu amat berat
Apa pun ini hanyalah persepsi saya sahaja.
Kita sama-sama doakan supaya walau apa pun keputusan PRU13 nanti rakyat tidak terikut-ikut dengan emosi atau terpancing dengan provokasi.
Ingatlah keamanan dan keselamatan negara adalah perkara utama yang perlu difikirkan melebihi kepentingan diri....
Sabtu Februari 9, 2013
Pembangkang Harus Terima Akur Keputusan PRU13 - Nazri
TAIPING: Pembangkang perlu terima peringatan awal Perdana Menteri supaya mereka tidak menimbulkan huru-hara sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Nazri berkata pembangkang harus mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedia menerima kekalahannya di lima negeri pada pilihan raya umum lepas. "Walaupun kita kalah di beberapa buah negeri kita tak ada masalah langsung untuk serah kerajaan itu kepada pembangkang," katanya selepas menyampaikan bantuan Azam Tani Fasa 1 kepada 20 penerima di sini, Sabtu.
Nazri mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berharap pembangkang menerima keputusan PRU-13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.
Katanya, peringatan awal adalah untuk mengelakkan perkara itu berlaku selepas keputusan PRU-13 diumumkan.
"Perdana Menteri menyebut perkara ini kerana kecenderungan mereka(pembangkang) melakukan aktiviti-aktiviti demonstrasi yang negatif dan menghasut rakyat. "Kecenderungan pembangkang seolah-olah mereka sahaja yang betul dan hari ini usaha untuk memburukkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dilakukan begitu hebat sekali, saya rasa ada kecenderungan itu di pihak mereka sekiranya mereka tidak menang dalam pilihan raya nanti," katanya.
Beliau berkata Perdana Menteri mahukan rakyat lebih berhati-hati dan tidak menyokong usaha pembangkang untuk memporak perandakan rakyat selepas pilihan raya nanti.
Demonstrasi pembangkang menghasut rakyat supaya membenci BN kerana (dituduh)zalim adalah tidak betul kerana kerajaan BN adalah kerajaan yang baik, katanya.
"Kita (kerajaan BN) sudah buat segala apa yang kita janji...pembangkang hanya janji macam-macam tapi tidak tunaikan," katanya. "Dalam keadaan (negara) stabil, aman damai, dia (pembangkang) mungkin nak kalah itu ada, sebab itu mereka sedang berusaha cari jalan bagaimana nak mendatangkan perasaan marah rakyat terhadap BN," katanya. - mStar
apakah BN dan mengatur strateji tertentu seperti ini ...
ReplyDeletehttp://youtu.be/S2hyydy7mZU
otaistillkick
ReplyDeleteKepada yang berkuasa semuanya boleh. Segala sumber dan tenaga yang mereka ada akan gunakan...