Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 3, 2013

Menteri Otak Terbalik

Siapa yang zalim 
Dan siapa pula yang dizalimi pun tak tahu!

Mustapa: 'Fatwa' Nik Aziz zalimi rakyat
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Februari 2013
PASIR MAS – Kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengenai menteri yang bertanggungjawab menafikan hak Kelantan dalam agihan royalti minyak dikatakan menzalimi rakyat.

Pengerusi badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata demikian selepas melihat kenyataan dikeluarkan tidak bersandarkan fakta.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz diminta bercakap dengan fakta yang lengkap kerana dikhuatiri menzalimi dan menganiaya rakyat tidak bersalah.

“Biarpun ia sekadar pandangan, ia perlulah mempunyai fakta kukuh lebih-lebih lagi ia dijadikan sebagai fatwa.

“Lebih memburukkan keadaan sekiranya ia jatuh kepada tuduhan, maka pihak yang dituduh akan mendapat natijah buruk sekiranya ia palsu,” katanya, selepas majlis bersama rakyat seluruh Parlimen Pasir Mas, kelmarin.

Beliau turut mempersoalkan kelayakan Nik Aziz mengulas mengenai perkara terbabit, meskipun beliau mempunyai pengetahuan agama luas.

Menurutnya, tiada siapa layak menghukum umat lain, malah meletakkan mereka di dalam syurga atau neraka.

Dalam kenyataan Nik Abdul Aziz, beliau menegaskan Menteri menafikan hak Kerajaan Pas Kelantan terhadap royalti minyak akan dimasukkan ke dalam neraka.

Menurutnya, tidak ada kuasa yang boleh menyekat menteri terbabit dimasukkan ke dalam neraka kecuali menerusi syafaat Nabi Muhammad SAW.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan sebab royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.

2 comments:

  1. Macam mana tuan boleh katakan sesuatu yang tidak wujud terbalik?

    ReplyDelete
  2. Cikli

    Ha..Ha.. pandangan saudara lagi tepat!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa