Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 4, 2013

Muka-Muka Ahli PAS?

Sape-sape orang Kota Bharu yang kenal muka-muka ni tolong komen sikit
Ahli, penyokong Pas bantah DAP isu kalimah ALLAH
WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Februari 2013
KOTA BHARU - Sekumpulan 30 ahli dan penyokong Pas mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Balai Besar di sini hari ini bagi membantah pemimpin DAP yang terus mempermainkan isu kalimah suci ALLAH.

Ahli kumpulan itu dari sekitar Bachok dan Kota Bharu tampil menyatakan pendirian secara terbuka mengenai rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Pas yang membiarkan DAP mempermainkan isu kalimah itu.

Wakil kumpulan berkenaan, ahli Pas kawasan Mahligai, Bachok, Abdul Mutalib Ismail, 46, berkata, mereka meminta pemimpin atasan Pas jangan takut dengan pemimpin DAP.

Mereka memegang kain rentang antaranya berbunyi "Pemimpin Pas jangan jadi dayus dalam isu kalimah ALLAH", "Kalimah Allah hak mutlak orang Islam" dan “DAP kudakan pemimpin Islam”.

Akhbar semalam melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh menyanggah kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah ALLAH telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa