Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 7, 2013

Nasha Dah Jadi Pujaan, Mahathir Menjadi Sayur Buruk Yang Makin Busuk!

Pagi ni saya ke bengkel kereta buat service yang biasanya saya buat secara rutin. Setelah puas bersembang dengan Formen kat situ, saya masuk ke bilik menunggu.

Di atas meja di dalam bilik itu, ada disediakan berjenis surat khabar. Tetapi semuanya yang tersenarai dalam arus perdana. Ada Utusan, ada Berita Harian, Star dan surat khabar cina. Biasalah untuk tatapan semua pelanggan....

Dah terasa bosan duduk-duduk ajer saya pun capai Berita Harian. Mula-mula belek halaman sukan saja dulu. Memang malas nak baca sebab laporan hanya mengampu dan merapu - (Kalau tak terdesak saya tak sentuh pun)

Jadi bila hal-hal sukan dah dihadham, tak ada apa lagi nak dibaca, maka saya belek-beleklah satu persatu helaian dari belakang ke muka depan.....

Menakjubkan, boleh dikatakan separuh dari halaman biasa yang berbicarakan isu kehidupan, isu semasa dan isu politk dimonopoli oleh laporan dan kenyataan membela Nasha. Dari Professor sehingga ke Kuli Batak membela Nasha. Orang Politik yang berbau UMNO toksah cakaplah.

Semuanya membela Nasha terutama edisi semalam. Hari ini pun ada tapi kurang sikit. Huh... hebat Nasha, menjadi 'buah hati' UMNO dalam sekelip mata!

Agak-agak kalau ikutkan kata-kata dan luahan hati  pembelanya, PAS seakan menyesal dan zalim memecat Nasya!

Selepas membaca ada pulak mamat yang bukak cerita tentang Mahathir. Ayat pertama adalah Mahathir seorang "makhluk jahat'.

Jahatnya tidak saja berakhir dengan melepaskan kuasa. Sehingga sekarang dia masih jahat!

Semasa berkuasa, Jahatnya matikan UMNO dan tubuhkan UMNOnya sendiri.
Humban Kuli ke longkang,

Berikan Kewarganegaraan Malaysia kepada PATI yang seketurunan dengannya dengan cara mudah - Isu RCI Sabah (contohnya)

Ibrahim Libya dan Pengikutnya dibunuh
Musa hitam diKambing Hitamkan dan dilanton
Lantik Ghafar - dihalaunya
Lantik Anwar - dipasung dan diaibkan
Lantik Pak Lah - kepala Pak Lah cuba dipulas, bila tak berjaya dijadikan musuh
Lantik Najib - sekarang cuba patungkan Najib.
Bila Najib tak makan saman, cuba tonjolkan Muhyiddin pulak!

Sifat belit dan menipu serta menyalahkan orang lain memang tidak lekang dari sosok yang bernama Mahathir. Dalam isu IC terjun di Sabah semuanya di salahkan orang lain bermula dari Almarhum Tunku sehinggalah Anwar. Seolah semua taik yang busuk tu orang lain yang punya.

Bagi dirinya kentut dan taik kepunyaan dirinya tetap wangi!

Persoalannya, tak bolehkah dia duduk diam-diam, senang-senang dengn hari tuanya?

Lagi banyak dia bercakap, lagi menyakitkan hati orang
Dia disumpah seranah oleh rakyat yang memujanya dulu....

6 comments:

  1. dulu masa kecik kecik saya, bila mak saya tanya saya nak jadi macam sape? saya cakap nak jadi macam mahathir.. tapi bila dah besar sikit umur dalam darjah 6 bila mak saya tanya nak jadi macam sapa saya cakap nak jadi macam nik aziz.. sedangkan masa tu saya pon tak kenal sapa nik aziz...

    ReplyDelete
  2. makin rapat dgn umnu makin kuat klentong..jual agama bisnis paling untuing

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Satu perkara yang saya masih tidak faham dari drama Nasha, Hasan Ali dan Zul Nordin ni mengapa amno beria-ia membela dan menjunjung mereka tapi tidak tergamak menjemput mereka berjuang dalam amno? adakah sbb amno memang parti yang bukan berlandaskan perjuangan Islam sejati? atau memang mereka bertiga ni cuma trojan amno saje yang akan terus diperkuda selagi ada faedah.

    ReplyDelete
  4. mr edz

    Itu cerita mr edz.

    Cerita anak buah saya pula semasa tu dia 5 tahun musim PRU tak silap saya masa Anwar kena kurung. Masa tu adalah budak-budak rentang poster depan rumahnya. Dia marah kat Mamanya sebab dia kata orang letak gambar orang jahat (gambar Mahathir) depan rumah. Yang peliknya mana dia tahu itu orang jahat sedangkan dia baru 5 tahun!

    Keluarga dia pula bukannya jenis peduli politik...

    ReplyDelete
  5. Anon 6:04PM

    Sah jenis gila dunia!

    ReplyDelete
  6. kaihnsn

    UMNO tahu mereka ini hanya boleh dijadikan alat@perkakas untuk kepentingan UMNO saja. Nak ajak masuk UMNO, mungkin UMNO pun tahu, mereka ini adalah makhluk yang tidak boleh dipercayai. Samalah juga dengan Brehem Ali - spesis katak!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa